Langkau ke kandungan utama

Anakku, marilah lihat ayah diberhentikan kerja di pejabat



Senarai buku yang berjaya menggoda saya membawa mereka pulang ke rumah pada hari ini. Ada tiga kesemuanya, dua antaranya

Pertama

The Dumbest Moments in Business History: Useless Products, Ruinous Deals, Clueless Bosses, and Other Signs of Unintelligent Life in the Workplace (Hardcover)

Buku ini ditulis oleh Adam Horowitz.

Salah satu cerita organisasi yang mencuit hati saya ialah kisah organisasi bernama Structural Dynamics Research Groups di Ohio. Kisah ini berlaku pada tahun 1995. Dalam salah satu hari bekerja di organisasi ini, salah satu harinya dijadikan hari khusus untuk pekerja membawa anak bagi melihat suasana dan tempat ibu bapanya pekerja. Hari itu dinamakan sebagai Take Our Daughters to Work Day.

Maka pada hari itu seorang pengurus bahagian kejuruteraan bernama Bill Means membawa anak perempuanya, Marissa yang berusia lapan tahun ke tempat kerjanya.

Apa yang berlaku?

Pada hari yang sama, iaitu pada hari yang dipanggil sebagai Take Our Daughters to Work Day, Means telah dipanggil oleh pihak atasan bagi memaklumkan satu perkara penting.

"Bill Means, awak diberhentikan kerja"

Pada hari di mana anaknya dibawa bersama ke bangunan organisasi berkenaan, Means telah diberhentikan. Means telah bekerja di sana selama dua tahun.

Dalam keadaan serba salah, Means cuba menerangkan kepada Marissa apa yang berlaku pada hari itu, ditambah lagi dengan keadaan mereka anak beranak diiring keluar bangunan oleh pengawal keselamatan. Kemudian, cerita itu menjadi bahan media yang menarik bagaimana seorang bapa dan pekerja dimalukan di hadapan anak kecil oleh organisasi besar. Semuanya menjadi kecoh. Televisyen dan akhbar menyiarkan cerita ini.

Timbalan Presiden Structural Dynamics bernama Ed Neenan memohon maaf setelah kekecohan seperti ini berlaku.

Apakah yang dikatakan oleh En Neenan terhadap peristiwa ini, "Orang di luar sana kini melihat kita seperti orang jahat."

Kedua



Buku kedua yang saya beli bertajuk Kejayaan di Tangan Anda oleh A. Hassan Mohamed.

Buku terbaru cetakan 2008 ini mengisi lebih banyak judul-judul motivasi di Malaysia. Tetapi mengapa buku ini menjadi pilihan saya sebagai satu koleksi peribadi. Jika diukur dari kulit buku, ia mengingatkan saya kembali kepada penerbitan buku awal tahun 1980an. Tidak begitu membuat pembaca teruja dengan kulitnya.

Jika diukur daripada isi, ia mengikut jejak langkah Dale Carnegie dalam penulisan buku-bukunya. Terkandung dalamnya banyak kisah-kisah benar yang dipetik daripada pelbagai sumber khususnya sumber luar negara. Buku ini mempunyai gaya persembahan yang santai dan pembaca akan bergerak dari satu episod ke satu episod kesan daripada susunan cerita pada setiap bab.

Satu cerita yang menarik perhatian saya ialah kisah Sir James Horlick. Jika kita pernah mendengar jenama minuman Horlick, maka beliaulah orang yang memperkenalkannya.

Sir James Horlick mempunyai latar belakang bisnes. Beliau adalah seorang penjual barang-barang umum. Sebagai seorang yang inovatif, beliau memperbaiki produk minuman kesihatan dengan mencipta sejenis minuman yang mempunyai campuran susu kering, gandum dan barli.

Adakah orang ramai bersedia dengan produk berkenaan?

Tidak, sebaliknya produk itu tertolak keluar dari pasaran. Sehinggalah ia dicuba kepada pesakit yang tidak dapat makan makanan yang pejal. Percubaan itu dilakukan atas idea rakan beliau yang mula berkongsi masalah ini.

Buku ini menggunakan bahasa Melayu tinggi, penuh dengan contoh dan cerita yang sesuai digunakan oleh para pembaca yang mencari bahan-bahan untuk digunakan dalam pengucapan umum.

Ketiga

Buku ketiga saya rahsiakan, nanti adalah individu-individu yang tersenyum atau ketawa. Mungkin ada yang bertanya soalan yang tidak relevan.

Ulasan

Amiene Rev berkata…
Assalamualaikum Tuan Zamri yang sangat saya hormati,

Kisah yang pertama itu mengingatkan saya kepada filem Night in the Museum. Kisah seperti ini sangat mengharukan. Seorang anak yang masih kecil melihat ayahnya dimalukan di depan orang ramai.
Zamri Mohamad berkata…
Ya, saya juga menonton filem itu dua kali. Rasa-rasanya diadaptasi dari kisah benar itu ya?
Amiene Rev berkata…
Ya, agaknya. Dan, adakah buku yang ketiga itu berkaitan dengan penyelenggaraan kenderaan?
Zamri Mohamad berkata…
Tuan Amiene, salah jawapan itu. Jika mengenai kenderaan, sudah pasti entri terbaru tidak ditulis.
Amiene Rev berkata…
Oh, barangkali mengenai kemanusiaan atau... mungkin sudah sampai masanya.

Begitulah... haha.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...