Saya kasihankan sebilangan peniaga atau usahawan yang ada semangat sukses diri tetapi miskin rasa insan.
Apa maksud miskin rasa insan.
Pernahkah saudara mendengar ayat berikut?
"Aku hendak meniaga, tidak mahu makan gaji," katanya.
Maka kata saya, "Bagus!"
"Makan gaji hidup tidak senang," katanya lagi.
Jawab saya, "Oh begitu."
"Orang makan gaji jadi hamba orang lain. Tidak ada kebebasan, terikat sampai bila-bila," katanya bangga dengan pilihan menjadi peniaga.
"Hmm," respon saya.
Kami diam.
"Boleh saya bertanya?"
"Silakan."
"Rasa-rasanya, jika tidak ada orang yang makan gaji di Malaysia ini, perniagaan saudara boleh hidupkah?"
Tip penulis bebas: Kita saling memerlukan.

Ulasan
1. Nabi Muhammad (salam dan selawat untuk beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau) adalah peniaga.
2. Beliau berkahwin dengan Khadijah, isteri yang paling dikasihinya, seorang wanita peniaga.
3. Sahabat-sahabat karib beliau adalah peniaga.
Orang Melayu mesti ikut berniaga macam Nabi Muhammad. Yang tidak mempunyai bakat berniaga barulah makan gaji.
Sekarang ini, Melayu-Melayu yang mindanya kelas 1 pun makan gaji! Ini tidak betul. Sepatutnya mereka membayar gaji.
Apabila banyak peniaga, kita dapat saling beli-membeli sesama peniaga.
:)