Langkau ke kandungan utama

Jurulatih Penulis dari Sabah ke Mesir.

Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas (klik bulatan) di atas meja trainer Syafiq Zulakifli.
Kiriman e-mel saudara Syafiq (klik gambar)


Saudara Syafiq Zulakifli merupakan pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas (klik). Kini beliau menjadi trainer atau jurulatih penulis muda. Dari Mesir ke Sabah beliau membimbing penulis-penulis berpotensi.

Alhamdulillah buku Cari Duit Cara Mudah juga boleh digunakan sebagai buku latihan penulisan bagi mana-mana jurulatih yang berminat. Tetapi syaratnya, karyanya sudah tersiar di media bercetak sebagaimana saudara Syafiq Zulakifli. Bagi mereka yang berminat berkenal-kenalan dan belajar daripada saudara Syafiq, layari blog beliau di http://www.typeace.blogspot.com/

Catatan e-mel daripada saudara Syafiq pada 8 Febuari 2008.

Assalamualaikum w.r.b.

Maaf kerana sudah lama tidak bertanya khabar. Saya baru tamat peperiksaan semester pertama. Moga sihat hendaknya Abang Zamri hari ini. Mungkin juga terlalu sibuk dengan tugas dan kerjaya sebagai seorang penulis. Alhamdulillah, semoga sedikit usaha kita pada hari ini dibalas oleh Allah di akhirat kelak.

Abang Zamri,

Buku Cara Mudah Cari Duit Sebagai Penulis Bebas itu amat memberikan sesuatu yang amat berharga pada saya hingga ke hari ini. Di Mesir, medium penulisan mahasiswa sedang meningkat maju. Justeru, buku tersebut sedikit sebanyak memberikan pendedahan khusus kepada saya apabila saya dijemput memberikan ceramah-ceramah penulisan di rumah-rumah anak negeri di Kaherah ini.

Moga-moga idea abang Zamri ini akan diperkembangkan oleh penulis-penulis kita.

Saya kira jika ada buah fikiran daripada abang Zamri untuk penulis kita di Timur Tengah ini, boleh sahaja hulurkan. Itu saja

Salam Kota Kaherah.

Syafiq Zulakifli
http://typeace.blogspot.com/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...