Langkau ke kandungan utama

Semak, semak dan semak. Saya sendiri semakin keliru.

Laporan penuh IMD, klik gambar atau di sini
Laporan Utusan Malaysia

Cerita beberapa orang pelanggan di restoran mencuit perhatian. Kata mereka yang duduk di meja berlainan, sudah tentu pelanggan yang tidak dikenali, katanya, "Kata kita keenam kompetitif terbaik di dunia. Perdana Menteri umumkan, akhbar nasional terpampang di muka hadapan. Aku semak, lain pula kedudukannya."

Si pendengar menghabiskan beberapa cucuk sate yang berbaki. Dia pulang dan meminta rakannya membuka laman web rasmi World Competitiveness Year Book IMD. Dalam hatinya masih sangsi, mungkin pelanggan itu salah menyemak maklumat.

Dibukanya laman web IMD.

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/index.cfm

Kemudian si rakan mengklik pautan,

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf

Dipetik daripada laman web rasmi.

WCY overall scoreboard

The World Competitiveness Scoreboard presents the 2007 overall ranking for the 55 countries covered by the WCY. The economies are ranked from the most to the least competitive and performance can be analyzed on the basis of time-series.

Didapati kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia nombor enam kompetitif di dunia sebenarnya 17 anak tangga ke bawah, iaitu ke 23 kompetitif di dunia. Kenyataan Perdana Menteri, Malaysia mengatasi United Kingdom adalah sebaliknya. United Kingdom mengatasi Malaysia di tangga ke 20.

Fakta yang benar sebagaimana disebutkan dalam akhbar nasional, benar bahawa Malaysia mengatasi Jepun, Perancis dan Korea.

Isu ini menarik perhatian saya sebagai penulis bebas.

Pertama: Semak, semak dan semak fakta sebelum kita menulis bagi apa jua tujuan.
Kedua: Berhati-hati dengan sumber yang diberi oleh pihak kedua. Kita semak fakta terlebih dahulu.

Rakan penulis saya sudah membatalkan hasratnya menulis kepada media mengenai kompetitif Malaysia di tangga keenam.

Cuma satu kekeliruan apabila akhbar menyebut kenyataan ini.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis. -Petikan Utusan Malaysia 28 Januari 2008

Jika diukur kompetitif Malaysia daripada kedudukan kategori negara mempunyai lebih 20 juta, United Kingdom masih berada di atas Malaysia, begitu juga negara Jerman.

Mohon pihak tertentu menjelaskan fakta ini bagi tujuan pembetulan jika sudut pandang saya ditafsir berlainan. Entri ini ditulis bukan bagi tujuan pilihanraya atau seumpamanya. Satu panduan penulis bebas dalam pengkaryaan dan pengumpulan maklumat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...