Yoshinoya, kedai makanan Jepun ala Amerika.
Puding jagung di Yoshinoya.
Perkataan Beef Bowl sudah didaftar, jangan diguna sewenang-wenangnya.
Corak dinding kedai Khazanah yang bakal dibuka di KLCC
Selepas menghantar slip tuntutan gaji terakhir bagi Disember dan Januari, saya bercadang berjalan-jalan seorang diri ke KLCC. Cadangnya saya hendak menonton National Treasure 2 lakonan Nicholas Cage yang melakon watak Ben Gates.
Saya jatuh cinta dengan cerita ini selepas menonton filem yang pertama sebelum ini. Filem sejarah fiksyen yang membuat saya teruja, menggunakan segala macam konspirasi bawah tanah dalam perjalanan sejarah diangkat dengan cabaran membongkar rahsia.
Saya mendapati hari biasa adalah hari berjalan-jalan bagi orang tertentu. Ketika orang lain terkejar-kejar merehatkan diri dengan mengambil peluang berjalan-jalan pada hujung minggu, mereka ini berjalan dengan tenang pada hari biasa.
Bukankah seronok berjalan tanpa gangguan dan kesesakan untuk merehatkan fikiran?
Ulasan