Langkau ke kandungan utama

Penulis ada kemahuan dan pengetahuan

Empat tahun lalu, penulis berkekesempatan berkenalan dengan seorang editor di sebuah penerbitan tempatan. Editor perolehan ini berkongsi ceritanya. Katanya, apabila beliau memperkenalkan diri sebagai editor di penerbitan itu, kebanyakan teruja hendak menulis.

Kata editor perolehan ini, “Idea-idea mereka memang menarik dan mempunyai potensi bagi diterbitkan. Maka saya mohon kepada mereka menghantar manuksrip.”

Editor ini menunggu. Kad tertera nama dan alamat penerbit sudah diberi, tetapi tidak seorang muncul bagi menghantar manuskrip yang dikata. Komitmen tinggal janji dan editor ini tidak menunggu lagi.

Pengalaman ini diberitahu oleh editor sebagai menceritakan apakah yang dilalui oleh editor apabila berhadapan dengan potensi-potensi penulis yang tidak bertindak memenuhi komitmen.

Penulis ada kemahuan dan pengetahuan.

Dua perkara apabila bakal penulis bercita-cita hendak berkarya ialah adanya kemahuan dan pengetahuan. Kemahuan datang dari dalam diri. Rasa teruja melihat karya orang lain, mempunyai keinginan hendak memberitahu sesuatu, seronok membayangkan diri adalah penulis yang berjaya menghasilkan karya sendiri dan terdorong menulis sesuatu untuk dibaca. Emosi ini mempengaruhi diri hendak bertindak.

Jika kemahuan sahaja yang timbul, ia tidak mengubah apa-apa keadaan. Keadaan akan menjadi seperti kisah editor ini. Masing-masing ghairah bercerita hendak menulis. Keghairahan ini menjadikan editor perolehan menanti-nanti bilakah manuskrip yang dijanji dapat dicanai menjadi sebuah buku. Lama selepas itu, keghairahan itu hilang sendiri apabila penulis dinanti tidak muncul.

Saya mahu dan tahu apabila berkarya.

Kemahuan dan pengetahuan bergerak seiring. Penulis yang teruja hendak berkarya pada masa sama tahu apa yang hendak dilakukan. Pengetahuan penulis berkembang dengan aktiviti berkarya dari masa ke semasa.

Pengetahuan penulis tidak bersifat statik, semakin lama seseorang itu berkarya, semakin jelas sudut pandang penulis terhadap genre dan bidang ilmu yang diceburi. Menulis itu adalah satu bonus yang mendorong kita membaca dan mengetahui perkara-perkara yang dianggap baru.

55 Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah inisiatif bagi menambah unsur pengetahuan bagi penulis-penulis baru. Buku ini disediakan bagi mereka yang berminat menulis dalam kategori non fiksyen bagi kategori popular atau separa akademik. Dalam diri kita mempunyai buku yang hendak dihasilkan. Tetapi persembahan sesebuah buku menentukan menjadikan sama ada buku itu menjadi magnet kepada para pembaca membelek dan mengambil isinya dan membawa pulang sebagai rakan akrab.

Jangan menulis buku, rancang kejayaan buku.
Merancang kejayaan buku adalah formula kepada kejayaan buku dalam pasaran. Ramai penulis bercita-cita menulis buku tetapi ramai pula tidak memikirkan bagaimana hendak merancang kejayaan buku. Menulis buku dan merancang kejayaan buku adalah dua perkara berbeza.

Merancang kejayaan buku adalah cara bagi seorang penulis berkarya dan mengambil kira bagaimana sebuah buku boleh difahami oleh pembaca, bagaimana persembahan buku itu sehingga ia menjadi pesona kepada pembaca, bagaimana ia boleh menjadi harta intelek yang boleh menjadi pendapatan berpanjangan dan pada masa sama bagaiamana pula buku saudara boleh memberi impak kepada diri dan para pembaca.


Dapatkan E-book percuma
daripada penulis. Tawaran terhad.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...