Langkau ke kandungan utama

Jom! Jaga kebersihan masjid.





Masjid menjadi kegemaran penganjur program, penjual produk dan penyebar idea bagi meletakkan risalah-risalah mereka. Masjid menjadi medan propaganda melalui lembaran-lembaran yang dikutip di atas lantai.

Cuma mendukacitakan apabila mereka yang bertanggungjawab menyebarkan risalah ini tidak mengguna pakai kaedah yang betul agar kebersihan masjid sebagai rumah ibadat tidak dijaga. Masjid kelihatan seperti tong sampah besar apabila kertas risalah bertebaran di sana sini setelah di tiup angin dan dipijak oleh ahli masjid yang keluar masuk.

Sesiapa sahaja yang pernah meletakkan risalah di masjid, saya sarankan begini. Gunakan getah pengikat (rubber band), atau kotak kertas yang dibuat khas bagi meletakkan risalah. Di Masjid Negeri Melaka, mereka meletakkan rak kecil tiga tingkat setinggi aras pinggang pada pintu masjid. Kemudian mereka yang hendak menyebarkan iklan akan meletakkan iklan mereka di situ tanpa perlu diletak atas lantai.

Jom! Jaga kebersihan masjid.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...