Sekali lagi isu curi harta intelek berlaku.
Natasha Hudson, Karya Asli & Plagiarisme
January 19, 2008
Natasha Hudson, Karya Asli & Plagiarisme
January 19, 2008
Oleh Mohamad Syafizan Mohamed Kasim (Mat Jan)
Saya rasa isu ini menarik, jadi saya nak kongsi dengan kawan-kawan.
Kepada yang tak kenal Natasha Hudson, dia adalah model dan pelakon. Antara filem yang dia berlakon: Chermin dan Sumolah. Dia juga terkenal kerana kes perceraian dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih, selepas hanya empat bulan berkahwin. Lepas tu dia berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ranhill. Macam-macamlah gossip tentang kes cerai dan kahwin dia, tapi saya nak cakap pasal isu lain.
Pertengahan tahun lepas, buku dia launch, buku puisi kanak-kanak, “Puisi Indah Si Pari-Pari”. Siap masuk surat khabar. Ini link The Star:
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2007/6/18/lifebookshelf/17910692&sec=lifebookshelf
Baru-baru ni, saya masuk blog Saharil Sanin (saharil.com), saharil letak puisi Natasha Hudson dan puisi Roger McGough, dengan frasa “So what do you think, coincidence or plagiarism?”
Lepas tu saya masuk blog Jannah Raffali http://www.ifyoucanfindme.blogspot.com/ , pun isu yang sama.
Lepas tu saya masuk blog Sharon Bakar http://www.thebookaholic.blogspot.com/, pun isu yang sama.
Ini adalah puisi yang dimaksudkan:
Kek Coklat
oleh Natasha Hudson
Saya mahu satu kehidupan,
Kamu mahu sesuatu yang lain,
Kita tidak dapat makan kek coklat,
Jadi kita makan sesama diri.
Bandingkan dengan:
Cake
oleh Roger McGough
i wanted one life
you wanted another
we couldn’t have our cake
so we ate each other.
Kemudian, Natasha Hudson (yang juga seorang blogger) jawab di blog Jannah:
“hi there.. a blogger got me to check out some serious allegations here written in your site n honestly i have never heard of tht mcgough writer or read any of his poems.. maybe it so happen to be wht i wrote is similar to wht he had written.”
Natasha claim “coincidently similar” (walaupun sajak melayu dia tak make sense dan tak rhyme). Tetapi, di blog Sharon, ada orang komen, “Kek Coklat” bukan satu-satunya puisi dalam buku “Puisi Indah Si Pari-Pari” yang sama dengan puisi orang putih. Lihat ini:
Si Kura-Kura Kecil
oleh Natasha Hudson
Ada seekor kura-kura kecil
tinggal di dalam kotak
berenang di tepi tasik
memanjat di atas batu
dia cuba menggigit nyamuk
dia cuba mengigit kutu
dia cuba menggigit berudu
dia cuba menggigit aku
dia berjaya menangkap nyamuk
dia berjaya menangkap kutu
dia berjaya menangkap berudu
tetapi dia tidak berjaya menangkap aku
Bandingkan dengan ini:
I Have a Little Turtle
oleh Nicholas Vachel Lindsay
I have a little turtle,
He lives in a box.
He swims in the water
And he climbs on the rocks.
He snapped at a minnow
He snapped at a flea
He snapped at a mosquito
And he snapped at me.
He caught the minnow,
He caught the flea,
He caught the mosquito,
But he didn’t catch me!
Juga puisi ini:
Mentega kuning, jelly ungu, jem merah, roti hitam
oleh Natasha Hudson
ratakan tebal
katakan cepat
ratakan tebal
katakan cepat
sekarang ulang
sambil kamu makan
sekarang ulang
sambil kamu makan
janganlah bercakap
bila mulut kamu penuh
Bandingkan dengan ini:
Things We Like to Eat
oleh Mary Ann Hoberman
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread.
Spread it thick,
Say it quick.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Spread it thicker,
Say it quicker.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Now repeat it,
While you eat it.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
DonÃt talk
With your mouth full!
Natasha kantoi. Selepas isu ini panas, Natasha Hudson tutup blog dia ( natashalianahudson.blogspot.com). Mungkin dia malu. Mungkin dia rasa bersalah. Entah.
Seorang blogger, Vovin (bukan nama sebenar), siap email isu ini pada kawannya wartawan suratkhabar. Bayangkan kalau isu ini masuk media cetak atau elektronik, surely kerjaya penulisan Natasha akan berakhir di sini saja. Sebagai mana skandal seks boleh meruntuhkan masa depan politician, begitulah plagiarism boleh meruntuhkan masa depan penulis.
Nasib baiklah Natasha Hudson cuma “penulis tipu-tipu” (i mean, dia artis, bini Datuk, “menulis” bukan sumber pendapatan dia). Kalau dia penulis betul-betul, memang habislah dia.
Plagiarism adalah isu yang serius.
Pengalaman Fortuna: pernah sekali ada writer hantar proposal novel kat Shikin. Lepas saya baca, saya kata, “Shikin, ni macam cerita ‘The Others’…”. Saya pun search sinopsis “The Others” kat internet tunjuk kat Shikin. Lepas tu Shikin pun reply kat budak tu, yang kita tak tolerate plagiarism bla bla bla… Lepas tu terus budak tu senyap tak email-email dah.
Bayangkan KALAU, ada cerita yang sebenarnya plagiat, tapi kita tak tahu, dan kita publish. Kemudian, ada pembaca sedar yang buku itu plagiat, dan tulis di blog dia, dan pembaca-pembaca blog dia tulis di blog masing-masing. Jadilah buku itu macam kes Natasha Hudson ini. Fuhhh…
Sekian saja isu kita untuk kali ini. Terima kasih.
Hasil Tulisan :
Fauzul Na'im Ishak
Pengarah & Jurulatih
Akademi Penulis Karya Bestseller
jurulatih@akademipenulis.com
Ulasan