Langkau ke kandungan utama

Cerita tiga tahun dahulu



Saya menyelongkar peti e-mel bagi melihat kiriman-kiriman lama. Sehinggalah saya membaca kembali e-mel bertarikh 16 Julai 2004. E-mel ini sudah berusia hampir empat tahun. E-mel ini mengubah perjalanan hidup saya sebanyak 360 darjah. Inilah kali pertama saya mendengar nama PTS Publication and Distributor. Ia adalah kiriman Tuan Fauzul Na'im Ishak. Beliau merupakan Pengurus PTS Millenia kini.

Bunyi e-melnya begini; (klik gambar)

Name = Fauzul Na'im Ishak
URL = fauzuln@pts.com.my
Visit = Yes, I would visit again
Hear About = Link from another site
Comments =
Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha penulisan yang dibuat oleh pihak saudara. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri. Saya adalah Pengurus Penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS). PTS adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang menerbitkan karya semi akademik berbahasa Melayu. Pihak PTS ingin mengadakan kerjasama dengan pihak saudara dalam menerbitkan lebih ramai karya ilmu dalam pasaran di Malaysia. Produk kami boleh dilihat melalui laman web kami di www.pts.com.my. Jikalau pihak saudara berminat bolehlah menghubungi saya di talian 0123804555. Perhatian daripada pihak saudara amat saya hargai.

subject = Survey Results
REMOTE_HOST: 220.128.50.234

Apa yang saya pelajari daripada e-mel ini.

Rupa bentuk laman web yang sudah diubah seratus peratus masih boleh dilihat imejnya di dalam buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Jawapan saya kepada e-mel ini ialah tidak secara hormat kerana ketika itu saya fikirkan saya tidak layak menulis buku sehinggalah setahun selepas itu.

Apabila saudara sudah mula menulis di akhbar, majalah dan forum-forum internet, saudara bina laman web atau blog. Kemaskini dengan siri penulisan yang disiarkan. Insya Allah, saudara mungkin dihampiri oleh penerbit yang berpotensi. Selepas diselidiki latar belakangnya, teruskan impian menulis buku pertama!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...