Langkau ke kandungan utama

Jawatan Kosong.

Sudah lama tidak pulang ke kampung. Kali ini pulang bukan dengan tangan kosong, tetapi berkotak-kotak barang dan buku. Kelak saya akan berada di Melaka. Selepas kontrak sebagai pembantu kepada penasihat media rektor di Universiti Islam Antarabangsa tamat secara rasmi, saya akan fokus kepada kerjaya lain. Mahu mencari angin baru.

Encik Abdul Halim, penyelia berkata jika masih tidak mendapat apa-apa kerja, sambunglah kontrak seperti biasa. Oh, saya sudah menyambung kontrak sebanyak tiga kali sebelum ini. Dua tahun di sini. Sambung kontrak buat kali keempat, insya Allah tetapi tidak ada janji di situ.

Encik Abdul Halim meminta saya mencarikan pembantu yang boleh menguruskan kerja seperti biasa.

Mengikut kriteria yang diminta oleh Encik Abdul Halim, pembantu penasihat media mempunyai ciri-ciri berikut.

Lelaki.
Bekas pelajar kewartawanan dan media. Jika tidak, mesti pernah mengambil subjek berkaitan.
Pelajar UIAM tahun akhir digalakan memohon.
Tahu menulis berita dan menghasilkan rencana.
Tahu menghidu berita bagi keperluan IIUM Bulletin. Wadah rasmi universiti.
Mempunyai pengetahuan pencarian maklumat di internet.
Status kontrak yang ditawarkan ialah bertaraf sambilan.

Mana-mana pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang bakal menamatkan pengajian atau mereka yang duduk di sekitar Gombak bercadang bekerja sambilan selama enam bulan sebagai pembantu penasihat media kepada rektor UIAM. Gaji dibayar mengikut jam iaitu sebanyak RM15.00 sejam dengan maksimum RM700.00.

Saudara perlu mempunyai komputer sendiri untuk di bawa ke UIAM. Bilik bekerja disediakan. Hantar resume beserta gambar ke zamrimohamad@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...