Langkau ke kandungan utama

Budaya mencuri hak ala Italian Job II

Komentar dan pendirian saya mengenai isu penciplakan artikel.

Sebagaimana respon saya dalam ruang komen Ustaz Hasrizal.

http://saifulislam.com/?p=1197#comment-11251

Apakah amalan organisasi akhbar apabila berhadapan dengan situasi ini.

Pertama, sama ada penyiar dan pengendali akan menguruskan hal ini secara peribadi.

Kedua, tindakan bersama, yakni satu keputusan dibuat melalui mesyuarat.

Dalam isu Kak Nor, saya kira Kak Nor tidak bersalah kerana ia adalah kiriman pembaca.

Tetapi bagi mengelakan Kak Nor menjadi highlight dan kredibiliti ruanganya diragui. Maka e-mel dan perhubungan dengan pengirim bernama M adalah perlu diketahui oleh ustaz bagi tindakan lanjut.

Tuan dan puan, kita asingkan pelaku dan mangsa dalam isu ini. Boleh jadi pengirim ini telah memangsakan Kak Nor dalam hal ini.

Tetapi sebagai mengambil kira etika profesional, diplomasi mohon maaf adalah penting. Sebagai tanda beliau memelihara usaha menjaga hakcipta penulis.

Mungkin bagi sebahagian merasa tidak ada apa-apa kerana menulis adalah bakat yang mengiringi kerja sebenar di pejabat.

Bagaimana jika orang itu mencari nafkah dengan menulis? Sikap kita berkata tidak apa-apa akan menjadikan punca rezeki orang lain terganggu.

Tuan dan Puan, saya mempunyai seorang pembaca OKU yang lumpuh dan berkerusi roda. Melalui penulisan blog adalah salah satu cara beliau survive membayar akaun internet, elektrik dan air serta gas memasak di rumah.

Saya tidak menyangka seorang OKU membaca buku saya bagi memantapkan usaha menulis bagi menambah rezeki. Saya tidak pernah terfikir satu hari nanti ada OKU yang akan menyelak sehelai demi sehelai buku saya tulis. Ia berlaku dan saya sangat merasakan bertanggungjawab melakukan sesuatu.

Jika kita berdiam dan membiarkan ia tidak ditangani dengan betul, kita mungkin tidak mendapat kesan besar, tetapi sekeping cek bernilai RM200 adalah keperluan belanja yang besar bagi penulis seperti ini.

Jika ada pencuri yang suka-suka menciplak dan menghantar artikel blog orang lain ke akhbar, maka wang belanja yang sepatutnya menjadi milik penulis seperti ini akan sampai ke tangan pencuri ini.

Jadi mari kita lakukan sesuatu yang wajar agar kita dapat membantu sahabat-sahabat ini. Mungkin kita tidak mampu menghantar belanja bulan atau seumpamanya, sekurang-kurangnya ruang keadilan yang dapat menjaga hak mereka adalah usaha yang kita boleh pertahankan.

Kerana itu saya sensitif dengan isu ini dan sangat mengambil berat respon yang diberikan oleh ustaz, Dr Tengku Ismadi, Fadzli Yusof dan saudara Jonos. Tindakan Tuan dan Puan amat memberi makna kepada orang lain.

Seperkara isu lagi ialah isu honorarium. Dalam amalan akhbar Malaysia yang saya lalui, sememangnya kita yang perlu menulis dan membuat follow up honorarium dengan dikepilkan salinan artikel kepada editor meja terbabit.

Saya kira ini perlu dijadikan budaya kerana sikap kita terhadap perkara ini juga memberi kesan kepada orang lain. Apabila setiap penulis berbuat demikian ia menunjukkan setiap penulis tahu apa itu honorarium dan tuntutan terhadap perkara berkenaan.

Ini akan menjadi budaya dan pada masa akan editor peka dengan keadaan ini. Secara langsung kita bersama-sama penulis OKU lain dapat membudayakan amalan profesionalisme antara penulis-editor dalam hubungan kerja.

Sikap ini menjadikan kita mengangkat budaya menulis sebagai budaya kerja profesional bukan kerja kelas kedua yang boleh tidak apa itu dan ini.

Selagi kita bersikap tidak apa-apa dengan aturan kerja ini, ia tetap dipandang kerja kelas kedua bagi mereka yang ingin menjadikan ia profesion.

Sebarang kesilapan pandangan saya harap diperbetul dan ditegur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...