Langkau ke kandungan utama

Satu resipi seribu rasa

Pada hari raya tahun 2005, ayah bercerita mengenai betapa hebatnya datuk ketika menjadi tentera melawan Jepun.

Pada hari raya tahun 2006, ayah bercerita mengenai betapa hebatnya datuk ketika menjadi tentera melawan Jepun.

Pada hari raya tahun ini, ayah masih lagi bercerita mengenai betapa hebatnya datuk ketika menjadi tentera melawan Jepun.

Jika si anak mendengar cerita yang sama setiap tahun, saya kira penutup ceritanya begini;

Pada tahun 2005, si anak ternganga mulut mendengar cerita ayah mengenai kehebatan atuknya.

Pada tahun 2006, si anak sudah mula menguap mendengar cerita ayah mengenai kehebatan atuknya.

Pada tahun 2007, si anak sudah boleh menyambung cerita ayah mengenai kehebatan atuknya.

Itu cerita atuk dalam versi yang sama, bagaimana pula majalah dengan cerita versi yang sama?

Penulis bebas perlu mencari sudut baru apabila menulis cerita yang sama setiap tahun bagi majalah dan akhbar.

Bayangkan umur saudara sudah 20 tahun membesar dengan paparan isu yang sama setiap tahun. Sebagai contoh, sambutan Hari Ibu. Penulis bebas tulislah cerita yang sama pada sudut berbeza.

Hari Ibu tahun ini fokusnya kepada resipi kejayaan ibu-ibu pemenang anugerah Ibu Mithali.

Hari Ibu tahun hadapan fokusnya mengenai kegigihan ibu-ibu Orang Kurang Upaya (OKU)
Hari Ibu tahun seterusnya fokusnya mengenai pengalaman ibu-ibu yang kehilangan anak pertama.

Pelbagaikan rasa dan rupa dalam hidangan yang sama.

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...