Langkau ke kandungan utama

Sama-sama berbeza

Saya sedang menyiapkan bahan bagi program ceramah buku di Alpha Angle pada 17 November nanti. Saya meneliti latar belakang beberapa penulis luar negara yang menembusi tembok bestseller di Amerika dan serata dunia. Antara penulis yang menjadi rujukan latar belakang ialah Stephen King, Dan Brown dan Christopher Paolini.


paolini.jpg


Christopher Paolini membuat saya tersenyum dan teruja sendiri mungkin syok sendiri. Rupa-rupanya kami mempunyai persamaan.

Beliau menulis buku Eragon pada usia 15 tahun dan buku itu diterbitkan oleh keluarganya sendiri pada tahun 2002. Langkah promosinya ialah menjalankan aktiviti ceramah buku dari sekolah ke sekolah. Christopher pergi ke 135 buah sekolah dan perpustakaan sebagai promosi bukunya sehinggalah sebuah penerbit berjaya menghidu potensi buku ini dan memohon hak pengedaran dari penerbitan keluarga Christopher.

Saudara pengunjung sudah tahu apa kemuncak cerita ini. Akhirnya faktor Writing in Action mengambil tempat. Dari sebuah buku, Eragon diadaptasi menjadi filem Hollywood. Dalam temubual televisyen, Christopher berkata ia sedang dijadikan permainan komputer.


er.jpg


Novel trilogi Eragon mempunyai nilai sentimental bagi Christopher. Kulit buku dengan ilustrasi mata sephira dan peta yang terkandung dalam novel ini dilukis oleh kakaknya, Angela.

Edisi kedua Eragon diterbitkan oleh Alfred Knopf pada Ogos 2003 dan menjadi buku terlaris New York ketika Christopher berumur 19 tahun.

Nanti dahulu, apa persamaan yang saya hendak kongsi antara saya dengan Christopher Paolini? Bukankah tadi saya hendak kongsi persamaan dengan penulis bestseller ini?

Ketika membaca latar belakang Christopher Paolini ini, saya mendapat satu maklumat, iaitu kami berkongsi tarikh lahir yang sama, 17 November berbintang Scorpio.

Itu sahaja.

Jangan marah ya!

Sebenarnya apabila kita mempunyai persamaan dengan orang yang hebat, secara langsung kita cuba mencapai apa yang dicapai oleh individu itu. Tetapi dengan cara dan dalam ruang lingkup kita sendiri. Persamaan yang menjadikan diri kita terdorong melakukan sesuatu yang lebih dengan mendorong diri sendiri. Mencipta skrip-skrip kejayaan dan menyusun cara mencapainya.

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
alaa, alaa...
nk suruh ucap hepi besday la tuh...
hahahaa...

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...