Langkau ke kandungan utama

Apabila mulut menggantikan tangan bercakap

Saya berkesempatan menghadiri tiga sesi bicara buku oleh tiga penulis PTS. Sesi ceramah saya adalah pada 17 November lalu, pada jam 2.00 petang Tuan Shamsuddin Kadir, pakar kewangan dan hartanah peribadi.
  • "Kaedah paling mudah menyimpan wang ialah dengan sistem sampul. Sediakan sampul berbeza, bergantung kepada jenis bayaran. Apabila dapat gaji, masukkan wang ke dalam sampul bergantung kepada jumlah yang diperlukan. Kemudian saudara akan nampak jumlah wang sebenar," katanya.

Saya yang masih kekenyangan makan nasi kenduri kahwin, saudara Faisal Sharbuddin, yang juga penulis bersama Rahsia Bisnes Mamak. Selepas itu saya meneruskan agenda bicara buku pada petang itu.


Terima Kasih kepada pemberita Utusan Malaysia dan Berita Harian yang datang. Kedua-dua akhbar tempat saya menulis secara bebas. Tidak dilupakan kepada Cik Azharisyam selaku pegawai publisiti PTS yang bekerja keras mempromosikan program ini.

Ceramah buku ini menjadi tempat pertemuan rakan lama.? Dua orang rakan sekolah dari Melaka datang pada hari itu. Lebih menarik, 4 daripada 3 penulis bagi kedua-dua sesi di Wangsa Maju berasal dari negeri yang sama. Melaka Bandaraya Bersejarah. Bezanya cuma saya sahaja yang berada di Kuala Lumpur.

Pada hari kedua, saya diberikan sekeping kad perniagaan, dengan soalan dalam bahasa Inggeris, How do you select a publisher (which one to publish your book. What criterias do you employ?"
Soalan ini datangnya daripada pengurus Grolier, Tuan Mohd Opin. Saya kira saya perlu menulis satu entri sebagai respon. Insya Allah.

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online.
Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...