Masih cerita hari raya aidilfitri.
Ibu saudara saya berkongsi satu tip, bagaimana hendak mengajar anak kecil melakukan sesuatu apabila sudah sampai masanya.
Ada ibu yang sukar menyuruh anaknya membuka mulut ketika pemeriksaan doktor. Mereka tidak dilatih berbuat demikian.
Ibu saudara saya adalah nenek kepada cucunya yang ketika itu berumur setahun enam bulan. Biasanya si nenek akan mengulang-ulang arahan yang akan dilakukan oleh si kecil.
"Asyraf, show me your tounge," si nenek juga melakukan perkara yang sama.
Maka si kecil mengikut. Kerana kerap dilatih, si kecil sudah biasa dengan arahan ini.
Tiba waktunya di klinik, si doktor pula mengulang arahan yang sama.
Si kecil menjelirkan lidah dan kemudian doktor melakukan pemeriksaan.

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.
Ulasan