Langkau ke kandungan utama

Ketupat dan rendang angkasa

Dr Syeikh Muszaphar, flight participant (klik gambar)
Sunita Williams, NASA Astronaut (Klik gambar)


Pagi-pagi raya selepas bersolat di masjid sekitar Ukay Perdana, saya mendengar Nizal Mohamad menyebutnya berkali-kali, "Seperti kita dengar Dr Syeikh Muszaphar adalah angkasawan atau astronaut bukan penumpang atau peserta ke angkasa."

Beberapa kali ia disebut dalam berita Angkasa, siaran khas ASTRO yang menyiarkan perjalanan Dr Syeikh Muszaphar sebagai warganegara Malaysia pertama ke angkasa.

Ia menjadi isu di dalam negara. Malah ketika pelancaran gelaran astronaut diberikan kepada semua krew termasuklah anak tempatan ini.

Apa pun isunya, buku teks sejarah negara akan berubah wajah. Cerita baru akan timbul dan akan dibaca serta menjadi soalan dalam peperiksaan di sekolah-sekolah. Digelar penumpang, peserta atau angkasawan, soalnya apakah hasil eksperimen sembilan hari beliau di angkasa boleh dijadikan bahan yang berguna untuk perkembangan negara.

Ada ura-ura mengatakan, video eksperimen gasing beliau akan dijadikan bahan pendidikan sekolah.

Jika Malaysia benar-benar hendak melibatkan diri sepenuhnya dalam bidang angkasa, saya kira negara ini boleh bermula dengan kajian kesihatan dan perubatan di angkasa.

Peserta atau angkasawan, akhirnya saya ketemu jawapan dalam laman web rasmi ROSCOSMOS. Bandingkan sahaja.

Bagi saya, digelar peserta ke angkasa Malaysia pertama pun bukan hal besar selagi mana Dr Syeikh menggunakan pemikiran lateral mencipta peluang di angkasa.

Apa terjadi kepada beliau selepas ini.

Pertama, dianugerahkan gelaran Datuk sebagaimana Datuk Azhar Mansor dan Datuk Abdul Malik Mydin.

Kedua, pengeluar produk akan menggunakan beliau sebagai duta. Produk akan disebut dengan kenyataan, berasaskan teknologi angkasa.

Ketiga, memenuhi undangan sekolah, pusat pemulihan dan institusi pengajian tinggi bagi memberi ceramah dan perkongsian pengalaman.

Keempat, buku akan dihasilkan oleh beliau atau ghost writer sama ada diterbitkan dengan cop kerajaan atau penerbit luar. Pelancaran buku akan terpampang di media cetak.

Kelima, menganggotai jawatankuasa kajian dan penyelidikan angkasa di bawah kerajaan bagi projek-projek tahun akan datang.


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online.
Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...