Langkau ke kandungan utama

Apabila pengarah berkata Action!

clip.jpg

Pakai mikrofon di tepi tali leher

hafal.jpg

Sebelum rakaman

hafal_2.jpg

Rakaman bermula

hafal_3.jpg

Di sebalik tabir



Pagi tadi berada di pejabat dan petang ke PTS bagi rakaman PTS Web TV bagi keperluan laman web http://www.pts.com.my/ , berlatar belakang kain berwarna hitam dan spotlight di sisi, rakaman bagi bicara buku selama sepuluh minit ini akan mengetengahkan beberapa penulis dari masa ke semasa untuk dimuatkan ke dalam laman web ini nanti. PTS Profesional bahagian Pendidikan membuka gelanggang dan buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas sebagai pembuka bicara.

Terima kasih kepada krew produksi, pengacara Tuan Fadzli Yahya Ahmad, Pengarah, Tuan Hisham Salmin dan jurukamera serta audio, Tuan Izwan serta rakan yang datang menjadi jurukamera sampingan, Tuan Syaiful Hizam kerana sama-sama memeriahkan dunia buku ke dalam dunia internet.

Kita meng'Oprah Winfrey'kan dunia buku ini!

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Besar-besarnya!
Zamri Mohamad berkata…
Puan, itu namanya penulis dan hos yang senang hati.
azz berkata…
kenapa semuanya ber'tuan-tuan'? kenapa tidak ber'encik-encik'? janggal pulak rasanya.. macam org melayu panggil kat org besar2 british pada zaman penjajah dulu. takpon.. macam org bawahan polis panggil kat org besar2 polis. erm.. apa rasionalnya?

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...