Langkau ke kandungan utama

Saya tidak ada cinta pada awak lagi


Kami bercinta, selama dua tahun. Kami berpisah kerana si dia berkata, "Saya tidak ada apa-apa perasaan terhadap awak lagi." Saya marah dan kecewa. Dia cinta pertama saya. Tetapi kerana hal ini, saya cuba tidak melihat wajahnya di kuliah.

Bagaimana harus saya tangani hal ini?

Adakah saudara patut marah?

Ya saudara patut marah!

Adakah saudara patut kecewa?

Ya saudara patut kecewa!

Adakah saudara patut marah dan kecewa selamanya?

Tidak, saudara perlu buat keputusan untuk berhenti pada satu titik.

Mari kita lihat persepsi lain.

Katakan, dia masih dengan saudara ketika hatinya tidak ada perasaan pada saudara, adakah saudara lebih gembira. Adakah saudara lebih gembira apabila tahu dia membohongi saudara semata-mata saudara tidak mahu lepaskan beliau?

Saya yakin, cinta pertama adalah memori paling dalam dan paling kekal dalam minda. Malah kalau ditanya oleh orang yang sudah berkahwin, cinta pertama dan nama orang serta sifat serta perangai cinta pertama tetap sama dan kekal dalam fikiran.

Sebab ia adalah ekperimentasi dan laluan pertama kita menerokai perasaan baru yang tidak pernah kita keluarkan selama ini. Apabila ia diluahkan dari hati, ada satu perasaan wow! yang timbul.

Perasaan itu yang menjadikan kita hendak menjadi lebih baik.
Perasaan itu yang menjadikan kita hendak menjadi lebih berhati-hati.
Perasaan itu yang menjadikan kita hendak menjadi lebih dalam segala hal.

Ia melonjakkan semangat.

Sehinggalah kita mendapat satu berita, dia ingin memutuskan perhubungan kerana tidak ada perasaan lagi.

Rasa jatuh, hina tak berguna semua muncul. Proses penyembuhan akan melalui perasaan-perasaan negatif ini.

Saya kira beliau juga mengalami rasa yang sama. Rasa susah hati untuk berkata benar dan rasa susah hati untuk tidak berbohong. Dalam kepahitan itu, dia masih bersedia bercakap benar berbanding berbohong dan mencipta suasana dan keadaan palsu.

Memang, dalam dunia IPTA, dunia eksperimentasi cinta. Dunia mencuba-cuba dan berkenal-kenal, serasi sekali itu rezeki, serasi selepas beberapa kali diketepi, itu perjuangan namanya.

Berjuang mendapat cinta yang tulus dunia dan akhirat!

Anda pembaca dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia? Sudah miliki Magnet Cinta? Klik dan dapatkan secara online sekarang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...