Hati saya tersentuh melihat video ini. Bukan video kematian atau kesengsaraan. Video ini bercerita mengenai sikap percaya.
Dalam video ini diceritakan beberapa buah cerita bagaimana sikap mempercayai menjadikan manusia lebih jujur dan memberi impak kepada jiwa.
Diceritakan, ada seorang penjual hot dog di sebuah bandar di Amerika Syarikat. Setiap hari, gerainya akan didatangi oleh ramai pelanggan. Keadaan ini membuat mereka terpaksa beratur panjang. Ketika penjual hot dog ini menukarkan baki wang pelanggan, dia melihat di tengah-tengah barisan ada seorang lelaki terpaksa keluar dan menuju ke tempat lain. Lelaki itu kesuntukan masa.
Apa yang dilakukan oleh penjual hot dog ini?
Mulai hari itu beliau mengubah cara kerjanya. Beliau menyediakan satu bekas berisi wang di sisi troli hot dog. Mulai pada hari itu, pelanggan meletakkan duit ke dalam bekas itu dan mengambil sendiri wang bakinya di situ. Ini mempercepatkan kerja penjual hot dog.
Pelanggan sendiri hairan dengan sikap penjual ini. Ditanya mengapa beliau berbuat demikian, kata penjual hot dog, "Kerana saya mempercayai saudara."
Jualan hot dog berganda dan baki wang tidak diambil pelanggan. Sebaliknya ia menjadi tip kepada penjual hot dog kerana rasa percayanya kepada mereka.
Saya menonton video ini dan teringat sekeping gambar yang pernah saya ambil sebelum ini. Gambar ini menceritakan perkara yang sama, di hadapan mata saya sendiri. Gambar ini diambil ketika saya menjadi sebahagian residen Kolej Kediaman Ali Abi Talib.
Penjualnya hanya meletakkan air minuman berkarbonat dalam bekas dan bekas duit di sisinya. Bukan satu tetapi ada dua lagi di blok berbeza. Tidak ada sesiapa di situ. Residen hanya perlu ambil dan letakkan wangnya di situ. Adakalanya ada yang datang menukar wang kertas kepada syiling.
Sebelum ini ada yang meletak bungkusan kerepek dan sandwich di tepi tangga dengan cara yang sama.
Baik di sini atau di negara barat, penjualnya memberi mesej kepada para pelangganya, "Kerana saya mempercayai saudara."

Ulasan
Alangkah indahnya jika perkara ini dapat dilakukan disemua pusat institusi pengajian, atau tempat-tempat awam diseluruh negara...
Insyaallah, mungkin suatu hari nanti. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
Kebanyakan peniaga hanya meletakkan notis bertulis "Sandwich ini (sekadar misalan) bernilai RM1.00. Sila masukkan wang anda ke dalam bekas. Jika anda tidak memiliki wang kecil, anda boleh mengambil baki di dalam bekas ini. Kami percayakan anda. (="
Begitulah.. Dan saya sangat menyenangi sikap peniaga yang sebegini. Apabila pihak mereka jujur, secara langsung mereka juga 'mendidik' saya untuk jujur walau minda kita sudah sedia diset akan hukum halal haram ini.
Kemudian, pada suatu hari di kolej kediaman, saya terpandang ada bekas yang berisi bungkusan kekacang. Tetapi saya kira peniaga telah mengguna pakai konsep yang agak 'mengejutkan' pelajar. Notis yang ditulis berbunyi "Tuhan nampak apa yang anda lakukan. Jika anda mengambil makanan ini tanpa membayar, anda dikira mencuri dan hukumnya berdosa."
Saya amat terkejut sama sekali. Pertama, bukan kerana peniaga tidak mempercayai pelanggan tetapi kerana peniaga tidak cuba membina hubungan yang baik dan mesra dengan pelanggan. Kedua, barulah disebabkan rasa ragu saya terhadap kepercayaan peniaga terhadap pelanggan seperti kami. Saya tidak bercadang langsung untuk membeli kekacang tersebut. Sedikit rasa geram semasa momen tersebut.