Langkau ke kandungan utama

Salah eja, apa jawabnya?

Apa yang saya hendak coretkan hari ini. Tidak banyak perkara melainkan aktiviti rutin. Melainkan satu kisah mengenai nama dan sensitiviti individu. Menyebut dan menulis nama dengan betul adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Jika saya salah menulis nama penerima e-mel, saya akan menghantar e-mel kedua dengan isi yang sama, tetapi namanya dibetulkan.

Nama adalah satu panggilan hormat yang diberikan oleh ibu-bapa kepada anak-anaknya. Apa impaknya apabila nama dieja salah.

Pertama, penulis nama dilihat sebagai mementingkan diri dan tidak sensitif dengan nama orang lain.

Kedua, memberi gambaran bahawa orang yang itu tidak penting dalam hidupnya atau organisasinya. Biasanya orang yang dianggap tidak penting, namanya pasti dilupakan.

Ketiga, meberitahu secara tersirat tidak ada hormat diberikan kepada individu yang ditujukan nama tersebut.

Macam-macam andaian boleh berlaku.

Saya menerima sepucuk surat, memaklumkan program bengkel penulisan pada hari Rabu ini di bawah sebuah unit. Nama saya ditulis, Mohd Zamri Mohammed. Nama allahyarham ayah saya di depan dan di belakang nama saya. Kedua-duanya salah ejaan.

Saya diam dan terus membaca. Dalam kepala saya sudah timbul satu anggapan, "Agak-agak saya ini sekadar pemenuh majlis. Nama saya dia bukan peduli pun. Main eja sahaja"

Kes yang sama mengenai cerita rakan saya diberhentikan. Sudahlah nama silap dieja, alamat pun salah eja. Kemudian ditandatangani oleh pengarahnya. Sama sahaja seperti surat yang saya terima.

Ketiga, seorang individu yang dihormati baru tersedar bahawa gambar yang digantung di pejabatnya ditulis dengan nama yang terbalik. Bukan salah eja, tetapi susunan nama beliau terbalik.

Beliau meminta gambar itu digantikan. Ini termasuk bingkai gambar ketua jabatan yang sama sebelum ini. Namanya juga salah ejaan.

Hati-hati dengan nama. Nama adalah doa daripada si ayah buat anaknya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...