Langkau ke kandungan utama

Kita saling memberi dorongan

Saya sering mencari-cari cara bagaimana memudahkan diri dan orang lain melayari blog ini. Sejak tiga tahun lalu, blog ini berubah wajah sebanyak tiga kali. Saya berpandangan, mudah dilayari dan kemas adalah dua faktor bagi mengendalikan sebuah blog.

Tambahan lagi, semakin banyak pautan blog dan laman web lain di sini memerlukan saya susun kembali agar ia mudah dicari.

Kali ini saya memberi nama baru untuk blog ini. Dahulunya ia dipanggil Motivasimindamu. Saya tukarkan kepada Cerita Orang Biasa: Perspektif Zamri.

Ketika menggunakan nama Motivasimindamu, sangka orang saya adalah pakar motivasi, penceramah dan segala macam gelaran bersangkut paut dengan bidang motivasi. Sedangkan saya hanyalah pemerhati yang menulis mengikut perspektif sendiri dan pengalaman orang lain. Saya bukan motivator, saya hanya penulis.


Satu lagi blog saya Motivasi Minda yang digerakkan melalui Wordpress masih aktif sehingga kini. Perkataan Motivasi Minda adalah ingatan kepada diri sendiri. Iaitu sentiasa letakkan tujuan dan bergerak mengikut tujuan. Motivasi Minda adalah nasihat buat diri sendiri agar menjadi individu yang bermanfaat. Selepas kita bermanfaat, ia akan memberi inspirasi kepada orang lain. Itu kerja tuhan. Sementara ini, bukanlah konsultan dan perunding motivasi. Jika mohon nasihat sebagai penulis, rakan, blogger dan pemerhati, Insya Allah saya boleh usahakan.


Blog ini adalah perspektif yang saya rasa perlu dikongsi dan disebarkan.

Blog ini adalah blog rakan mendorong rakan. Dalam ribuan blog pelbagai bahasa, kita sentiasa mencari seseorang ada kumpulan yang saling dorong-mendorong satu sama lain.

Inilah tujuan blog ini diwujudkan. Moga-moga ia menjadi pendorong diri dan pendorong orang lain. Kita sama-sama saling dorong-mendorong ya!

Jika ada ingin bertukar-tukar pautan, maklumkan kepada saya agar saya boleh memautkan blog saudara di sini!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...