Langkau ke kandungan utama

Adakah kita ketagihan Bercinta?


Baru-baru ini saya membaca satu buku mengenai Facing Love Addiction.

Secara asasnya, rupa-rupanya ketagihan cinta tidak jauh bezanya dengan ketagihan lain.

Tanda-tanda ketagihan cinta.

Pertama.

Dia tidak meletakkan sempadan dalam hubungan. Maksudnya semua benda dia buat asalkan hubungan itu tak putus. Kalau rela kena tumbuk pun tidak apa, asalkan yang tersayang tidak tinggalkan dia.

Kedua.

Dia menyerahkan semua perkara dalam hidup bulat-bulat kepada pasangan. Tidak ada satu keputusan pun dibuatnya. Semuanya dibuat oleh pasangan.

Ketiga.

Pergantungan 100% terhadap pasangan. Sebab itu ada yang tidak dapat hidup tanpa pasangan. Sebagai contoh, ada individu yang mengalami tekanan mental apabila suami tinggalkan kerana kematian atau penceraian. Pergantungan terlalu kuat.

Keempat.

Dia tidak menyediakan asas untuk dirinya sendiri. Sebagai contoh apa akan terjadi jika pasangan tiada, apakah asas untuk beliau bertahan baik daripada sudut kewangan, kekuatan emosi dan fikiran. Dia tidak menyediakan satu pelan tambahan untuk diri.

Ada beberapa isu lain yang akan saya kupas dari masa ke semasa. Insya Allah.

Ada sesiapa berminat?

Catatan laman web Recovery Man

Love Addiction consists of three components: Romance, Relationship and Sexual Addiction.

Love addiction is often perceived to be "less serious" than other process addictions i.e. compulsive sexual addictions, eating disorders or self-harm / mutilation addictions.

Perhaps because it sounds "softer." In reality it is extremely painful and can be very dangerous to both the addict and their partners.

Many suicides, murders, stalkings, rapes and other crimes of passion have their roots in this addiction. Our culture has traditionally glorified love addiction with the notion that we fall in love and live "happily ever after."

This ignores the groundwork that relationships require. Many love relationships depicted in the media are really love addicted relationships. (See Romeo and Juliet as an example - not a very happy ending, huh?)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...