Langkau ke kandungan utama

WIFI di Sungai Penchala


Rakan saya saudara Alif Mohd Noor berkesempatan membawa saya dan rakan-rakan ke restoran Kelah, kampung Sungai Penchala.

Ia bukanlah sebuah restoran yang mempunyai hiasan dalaman. Susun atur sama sahaja dengan restoran kampung lain. Terletak di tepi jalan kampung. Jika hendak ke sana bukanlah mudah jika menggunakan kenderaan awam.

Tidak ada apa-apa jangkaan besar terhadap restoran Kelah. Anggapan saya dan rakan-rakan ia sama seperti kedai makan kampung di tempat lain.

Bangunan kayu ini dipecahkan kepada dua bahagian, satu restoran dan satu lagi kedai runcit yang menjual barang kering dan basah.

Saudara Alif meyakinkan kami dengan kata-katanya bahawa makanan di sini sedap dan murah. Kami percaya. Kami memesan makanan dan mencuba. Benar katanya.

"Di sini juga ada perkhidmatan internet tanpa wayar," katanya.

Kami tidak percaya.

Saya mencuba. Benar kata Alif, restoran kampung di kawasan kampung gelap ini mempunyai perkhidmatan internet tanpa wayar. Sambil minum dan makan, perkhidmatan internet tanpa wayar boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Jangan sangka kawasan ceruk tidak maju teknologinya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cerita ini mengingatkan saya sekitar ledakan win3.11/win95 multimedia pc 486dx4-100, orang kampung mahupun bandar yang mampu membeli pc akan meletakkan pc mereka di ruang tamu, macam nak menunjuk yang dia dah maju dlm teknologi.

bagi saya setakat ada sesuatu perkhidmatan macam internet wifi bukan kayu pengukur untuk mengatakan berkaitan kehebatan teknologi di sesuatu lokasi/tempat.

Penggunaan internet di malaysia ni samaada 3g/wifi//wimax/streamyx lebih terjurus kepada akses kelaman porno dan download video porno di rapidshare/filetube/ dll

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...