Langkau ke kandungan utama

Tip-tip sang reporter

Sahabat saya memberikan tip-tip menarik dalam membina rangkaian sahabat. Beliau adalah wartawan praktikal di akhbar tabloid berbahasa inggeris.

Antara berita beliau yang pernah muncul di muka hadapan ialah kisah pekedai di bertindak kasar terhadap pelanggan di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Terbaru, kes pelajar dipukul polis.

Bagaimana beliau mendapat cerita ini?

Memang payah hendak mendapat cerita dari mereka yang terlibat dalam kes mengkasari pelanggan. Apa yang beliau lakukan ialah menhubungi pusat membeli-belah terbabit dan menyamar sebagai wakil dari sebuah hotel. Kononya ada jemputan. Maka ditanyalah nama pengurus, umur dan segala macam makluma.

Selepas beberapa lama beliau menghubungi semula, untuk mendapat komen dari pengurus ini memang sukar. Mahu tidak mahu, beritanya akan ditulis, "Pengurus .... ketika ditemui tidak mahu menjawab dan mengelak daripada terlibat dalam isu ini...."

Akhirnya dia menjawab.

Beliau menceritakan kepada saya pengalaman dikejar peniaga-peniaga di Petaling Street. Tidak silap saya, ketika itu beliau sedang membuat liputan isu jalan raya berlopak. Disebabkan curiga, beliau dikejar.

Itu belum cerita beliau dikasari dan diugut itu ini.

Menjadi wartawan kena telinga dan muka tebal. Bersedia dengan keadaan luar jangka dan jangan cepat melatah. Itu katanya sebagai bakal wartawan muda. Memang hasratnya untuk bekerja di tempat yang sama.

Sahabat saya ini mencipta kejutan tersendiri. Di universiti, dia tidak begitu menonjolkan diri, mudah risau tetapi mesra. Berita demi berita yang keluar dalam akhbar tempat beliau membuat laihan praktikal adalah kejutan kepada para pensyarah dan rakan-rakanya. Termasuklah saya.

Keadaan akan memaksa manusia berubah dan membiasakan diri dengan suasana itu. Semakin ia ditekan dengan perubahan secara tiba-tiba, semakin dia melawan dan bersedia berada dalam perubahan itu. Hasilnya menakjubkan.

Dalam masa dua bulan, dia mencipta banyak pemberi maklumat baru dari yang berpangkat sampailah yang berniaga di tepi jalan. Dia membuka dirinya sebagai medium menyampaikan hasrat hati mereka untuk didengari (saya pernah menulis tentang situasi ini di dalam buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas).

Itulah sebabnya beliau dapat mencari berita-berita eksklusif untuk akhbar.

Pesanan saya kepada sahabat ini, jangan lawan-lawan editor selalu. Sebab dia melawan, cerita saya keluar. Hairan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...