Langkau ke kandungan utama

Terkejut dan keliru

Saya berada di Carefour, wangsa Maju ketika saya menerima sms ini;

"Zamri, kalau artikel keluar dalam akhbar .... ada apa-apa kesan atau tidak?"

Rakan saya yang juga seorang penulis baru menyuarakan kebimbangan beliau apabila petikan artikel yang ditulis dan disiar dalam sebuah laman web NGO telah diambil oleh seorang editor dan disiarkan dalam akhbar politik ini.

Petang itu beliau menerima panggilan daripada ibunya bertanyakan sejak bila beliau membuat kenyataan untuk akhbar politik.

Rakan saya tidak dapat menjawab apa-apa. Dalam keliru dan marah, beliau tidak tahu apa yang hendak dibuat.

Apa yang menyebabkan beliau keliru dan marah.

Pertama. Editor akhbar tersebut tidak memaklumkan kepada beliau bahawa petikan artikelnya akan diambil dan dikeluarkan dalam akhbar tersebut.

Kedua. Kesan daripada tindakan ini beliau menerima panggilan telefon dari keluarga dan rakan-rakan yang membacanya. Sedangkan beliau tidak tahu apa yang terjadi.

Ketiga. Terkejut dengan sikap profesional akhbar politik ini dalam mengambil bahan bukan milik mereka tanpa meminta izin atau memaklumkan. Akhbar ini hendaklah memahami jenis risiko dan impak kepada penulis jika ia disiarkan dalam penerbiatan tersebut. Setiap ruang majalah dan akhbar mempunyai kesan tersendiri baik positif atau negatif.

Ada satu peristiwa yang berkait rapat dengan peristiwa ini. Sekitar tahun 2003, seorang pelajar yang dilantik menjadi presiden pelajar universiti akhirnya dilucutkan jawatan kerana panggilan telefon akhbar yang sama meminta pandangan beliau dalam satu isu. Beliau tidak dimaklumkan bahawa pandangan beliau akan disiarkan di akhbar. Akhirnya berlakulah peristiwa tersebut. Sekali lagi keadaan dimanipulasi.

Apakah isu sebenar dalam kes rakan saya ini.

Beliau bersedia memberi kebenaran untuk disiarkan artikel tersebut. Tetapi maklumkan terlebih dahulu agar dia boleh bersedia kesan daripada penerbitan tersebut.

"Kalau beginilah sikap mereka, tak percayalah aku lagi dengan mereka," katanya pada jam 12.oo malam tadi. Hilanglah segala sokongan beliau selama ini dalam tempoh 24 jam sahaja.

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...