Langkau ke kandungan utama

Lelaki tunjukkan keinginannya melalui perbuatan.

Baru-baru ini saya berkesempatan berkunjung ke blog seorang pembaca. Berikut adalah komen beliau tentang buku magnet cinta (klik) dalam blognya. Jika saudari membaca entri ini. Saya ingin ucapkan terima kasih atas ulasan yang diberi.

Catatan blog Nurkasihku

Apa yang aku dapat simpulkan,banyak perkara yang aku pelajari dalam buku ini.walaupun sebahagiannya aku sudah sedia maklum kerana pakar rujukan terbaik dan utama dalam hidup aku adalah emaku sendiri. Aku dapati kebanyakan tips di dalam buku ini aku sudah sedia mempelajarinya dari emakku sendiri.Jadi setiap kali membelek helaian di dalamnya aku akan tersenyum sendiri. Benarlah kata-kata dan pesanan emak selama ini.

Dalam bab ini menceritakan tentang seorang wanita yang berkongsi pengalaman hidup bersama suaminya selama 30 tahun.Wanita berusia sekitar 50 tahun itu menceritakan bahawa suaminya suka mengumpul keratan resipi yang diguntingnya daripada suratkhabar.
Menurut wanita ini, suaminya sering meletakkan keratan resipi tersebut di tempat yang terbuka seperti di atas peti sejuk, di atas meja dapur,adakalanya diselitkan di dalam buku.

Tidak semua resipi yang digunting oleh suami wanita tersebut, hanya resipi tertentu sahaja.Menurut wanita ini pada mulanya beliau tidak memahami maksud tersirat di sebalik perbuatan suaminya itu namun akhirnya beliau mulai faham yang suaminya meminta beliau memasakkan resipi yang telah diguntingnya itu.

Menurut wanita ini lagi “Orang lelaki lebih suka memberitahu keinginannya dengan perbuatan tanpa perlu cakap banyak.pandai-pandailah orang perempuan bagi membaca fikirannya dan buat perkara yang dirasakan perlu”

Apabila membaca kisah keratan resipi ini,membuatkan aku tersenyum sendiri, nak tahu kenapa?

Kerana ayahku mempunyai tabiat yang sama suka menggunting resipi dalam suratkhabar yang mana dia berkenaan. Barulah aku tau sekarang kenapa Hehe, patutlah mak aku selalu cakap… “ayah kau yang gunting resipi tu” Bila aku tanya siapa yang kumpulkan resipi sampai penuh satu album. Cuma kekadang mak tidak ada masa nak membuatnya. Aku faham mak aku pun tak berapa sihat.

Satu lagi ayah aku akan pergi ke kedai, beli semua barang-barang yang dia perlukan, selepas itu dia bawa balik, dia letak kat dapur. Tak cakap apa pun, tengok-tengok dia sedang baca suratkhabar di luar rumah. Ini kisah sebelum sebelah mata ayahku tidak boleh melihat lagi, manakala sebelah lagi sudah pun sedia kabur akibat katarak.

Tengok bahan pun mak aku faham yang ayah aku nak makan apa, pengat pisang, bubur kacang atau puteri mandi.

Biasanya mak aku akan buatkan masa itu juga. Masa aku menaip ini pun aku rasa nak tersenyum.

Ayah, betul lelaki ini, dia tunjukkan keinginannya melalui perbuatan.

Entri ini disunting semula dari lapan tip panjang dalam entri Sesuatu yang Ingin Dikongsi Bersama. Layari Blog beliau http://nurkasihku.bravejournal.com/index.php

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...