Langkau ke kandungan utama

Menjadi Penulis Bersama

Ada berapa jenis kategori penulis bersama.

Berdasarkan apa yang saya tahu dan diberitahu dari beberapa penulis, terdapat beberapa kategori penulis bersama.

Kategori Pertama. Penulis baru menggunakan nama individu yang sudah dikenali dalam bidangnya. Individu yang menghasilkan karya tersebut adalah seorang sahaja. Seorang lagi memantau dan mengemaskini buku tersebut.

Kategori Kedua. Penulis baru bekerjasama menulis bersama-sama menulis buku tersebut. Pembahagian kerja 50-50. 30-70 atau mana-mana pecahan yang dipersetujui.

Kelebihan menjadi penulis bersama kategori pertama.

Buku tersebut sudah mempunyai tempat tersendiri di dalam pasaran disebabkan gandingan nama orang lama dan baru.

Penulis lama yang bertindak sebagai memantau kerja tersebut dan mengubah mana-mana bahagian yang perlu atau meminta penulis asalnya berbuat demikian agar buku tersebut mengikut standard pasaran dan standard penulis tersebut.

Penulis lama tidak akan lepas tangan dengan projek buku tersebut, sebab itu memantau, ubahsuai dan pembetulan dibuat. Buku membawa kredibiliti penulis lama. Jadi penulis lama amat berhati-hati agar hasil kerja penulis baru berada dalam lingkungan.

Kelebihan menjadi penulis bersama kategori kedua.

Pembahagian kerja antara penulis lama dan baru. Ia mempercepatkan kerja tetapi bagi penulis lama, dia perlu melihat hasil kerja penulis baru agar selari dari sudut gaya bahasa, konsep dan lain-lain hal berkaitan.

Kebiasaanya kategori pertama menjadi pilihan ramai penulis lama.

Pembahagian royalti

Dari sudut pembahagian royalti. Ia bergantung kepada persetujuan anatara penulis sama ada 50-50 (biasanya jika menulis bersama), 30-70 atau 60-40 (biasanya untuk penulis kategori kedua) atau mana-mana peratus yang dibincangkan dan dipersetujui.

Cara mana yang saya buat dalam proses penulisan bersama?

  • Jika jarak dekat, cara pertama dan kedua pilihan saya.
  • Jika jarak jauh, bekerja secara online, saya memilih cara pertama.
Apabila penulis baru tersebut sudah mendapat tempat dari buku pertamanya, beliau bebas memilih untuk terus menulis bersama atau menjadi penulis tunggal sepenuhnya.

Berminat?

Saya mengenalpasti beberapa blogger Malaysia, Singapura dan Indonesia yang boleh dibawa ke tengah sebagai penulis buku yang berpengaruh.

Insya Allah, Program mentor kategori pertama akan bermula. Kini saya sudah sibuk dengan kategori kedua bersama tiga penulis.

Buat masa ini kategori kedua sudah penuh untuk tahun 2007. Mereka yang berminat bagi projek 2007 kategori pertama bagi penerbitan 2008 sila hubungi saya di zamrimohamad@gmail.com dengan subjek Penulis Bersama

Ulasan

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Dunia Lelaki: Lelaki lanjut usia bertambah gatal Oleh Yusmairan Mat Yusoff Petikan Berita Harian MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun. Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan. Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu. Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan s...