Khamis, Mei 24, 2007

Kas-kas isu kontroversi bisnes Mamak tahun 2005

Petikan buku Rahsia Bisnes Mamak
Tidak cukup dengan isu pekerja asing dan kebersihan, penggunaan kas-kas menjadi isu yang sangat kerap dibincangkan dalam parlimen mahupun kalangan orang ramai. Ia menjadi isu kontroversi sekitar tahun 2005. Pada bulan Julai tahun 2005 selepas merasmikan merasmikan Mesyuarat Saintifik Kebangsaan di Kuala Lumpur anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad dalam kenyataan media berkata kas-kas adalah biji popi yang menjadi perencah penyedap oleh pengusaha restoran adalah bahan perangsang yang diharamkan kerana menyalahi Akta Makanan 1982.

Kas-kas digunakan dalam penyediaan nasi beriani dan masakan kari seperti kari kepala ikan. Apa yang menjadi kebimbangan adalah isu ketagihan kesan daripada pengunaan biji popi dalam masakan. Kas-kas digunakan oleh masyarakat Asia Selatan untuk memekatkan kuah kari dan menaikkan rasa kuah tersebut. Kas-kas dihancur halus dan digaul bersama kuah. Dalam masyarakat Eropah, kas-kas digunakan sejak 4,000 tahun lalu.

Ujikaji mendapati tidak ada bahan kimia narkotik (opium) dalam kas-kas apabila biji bunga pokok popi ini masak ranum. Bahan kimia narkotik hanya wujud sebelum biji itu matang dan terbentuk sepenuhnya.

Pada 10 Julai 2005, pakar Perubatan Penagihan, Pusat Rawatan Pakar Dr. Mahmud dari Muar, Johor, Dr. Mahmud Mazlan berkata penggunaan kas-kas atau nama saintifiknya papaver somniferum boleh menyebabkan pengambilnya didapati positif untuk ujian penyaringan air kencing morfin meskipun kas-kas diambil pada kadar yang kecil.

Namun begitu dengan ujian khas GC MS akan digunakan bagi membezakan kandungan morfin kesan daripada pengambilan kas-kas atau heroin dan morfin sebenar. Apa yang membezakan kas-kas, dadah heroin dan morfin bagi tujuan penagihan ialah kandungan thebaine hanya ada di dalam kas-kas berbanding yang lain. Kesan pengambilan kas-kas yang mempunyai morfin positif dapat dikesan dalam tempoh 24 jam selepas diambil.

Menurut Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), kas-kas adalah bahan dalam makanan yang digunakan sejak zaman Parameswara lagi. Meskipun ia dikatakan membawa ketagihan, perkara itu dianggap mustahil oleh pakar perubatan kerana alasan-alasan berikut.

Pertama, bahan ini sukar didapati, mahal dan pahit serta tidak sesuai untuk aktiviti penagihan dadah.

Tidak ada bukti mengatakan kas-kas mempengaruhi tubuh badan manusia dengan menyebabkan seseorang berasa mengantuk selepas mengambilnya. Amalan pemakanan Malaysia yang cenderung kepada pengambilan bahan berkarbohidrat seperti nasi menjadikan seseorang mudah mengantuk jika diambil pada kadar yang tinggi.

Kas-kas adalah bahan dalam indusri pembuatan bahan makanan seperti roti. Ia digunakan dalam penghasilan roti jenis kek dan bread roll di negara-negara Barat.

Kas-kas mudah di dapati di pasaraya-pasaraya hyper luar negara. Ia digunakan sebagai bahan perasa dalam salad.

Dari sudut perubatan dan kecantikan, kas-kas digunakan bagi mengurangkan sakit badan. Ia dicampur dengan air dan dijadikan air herba. Kas-kas boleh dijadikan losen badan bagi tujuan melembutkan kulit badan.

Tidak timbul isu ketagihan kesan daripada kas-kas kerana ia digunakan pada jauh sebelum ketagihan opium bermula pada kurun ke 7.
Pengarah Pusat Kawalan Doping (DCC), Prof. Aishah A. Latiff dari Universiti Sains Malaysia dalam kenyataan yang dibuat pada 7 Julai 2005 berkata penggunaan kas-kas dalam makanan tidak melebihi 300 ng/ml untuk tujuan perasa hidangan tidak menyebabkan ketagihan.

Beliau berkata rempah yang diimport dari India yang digunakan dalam masakan Asia dan Timur Tengah ini tidak akan menyebabkan ketagihan sebagaimana dibincangkan oleh beberapa wakil rakyat dan salah kepercayaan orang ramai yang tidak mendapat maklumat secara andaian.

Kesan awal tersebarnya berita kas-kas sebagai punca ketagihan membawa kepada isu kontroversi dalam amalan perniagaan India Muslim. Andaian-andaian yang tidak disokong dengan hujah menjadi ikutan secara dengar-dengar oleh pelanggan yang tidak begitu memahami situasi sebenar.

Pendedahan media melalui kajian-kajian saintifik tempatan telah menolak andaian secara dengar-dengar dan memberi keyakinan kepada pelanggan-pelanggan untuk menikmati hidangan di restoran India Muslim.

1 Respons:

Axis Capital Holdings Limited berkata...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates