


Sekadar menemani abang ke hari penerangan IIUM Montessori. Hari ini kelihatan ibu bapa datang untuk melihat sistem pendidikan dan kaedah pembelajaran pra sekolah anak-anak mereka. Dari jam 10 pagi sehinggalah petang, masing-masing mengambil kesempatan bertanya pelbagai soalan kepada tenaga pengajar. Aku tertarik dengan salah satu ayat yang diungkapkan oleh pengetuanya, "Kami tidak percaya kepada paksaan dan peperiksaan akhir tahun untuk kanak-kanak ini. Apa yang kami nilai adalah perubahan yang berlaku setiap hari. Di situ pemerhatian kami."
Ulasan