Langkau ke kandungan utama

Delaware? No!

Paparan imej balasan dari University Trinity, kampus utama Texas.


Email saya kepada pihak universiti untuk mendapatkan maklumat.

  • Jawapan yang diberikan sangat mudah.

    Zamri,
    Delaware? No.
    Try our website….much easier to navigate: www.trinity.edu.

    Take care,

    Eric A. Maloof
    Associate Director
    Coordinator of International Admissions
    Trinity University
    Office of Admission
    One Trinity Place
    San Antonio, TX 78212

    210.999.7207
    800.TRINITY
    210.999.8164 (fax)

    Inilah jawapan yang diberikan oleh Tuan Eric A. Maalof apabila aku bertanyakan sama ada Universiti Trinity mempunyai cawangan di Delaware dan sama ada ia diakreditasi oleh badan pendidikan di Amerika Syarikat.

    Jawapan yang mengecewakan. Mencari jawapan atas kebenaran tentang seorang motivator berwarna-warni yang bukunya hampir kesemua di almari sejak tahun 2004 lagi. Semuanya kesan daripada kenyataan beliau di laman webnya bahagian anugerah,

    MA in Mass Communications, Trinity University, Delaware, USA - 1991

    Menarik benar hikmah di sebalik situasi ini. Apa kata saudara-saudari cuba semak setiap satu dengan menghubungi badan pendidikan di negara yang disebut atau Lembaga Akreditasi Negara (lewat memberi jawapan)


Catatan:
Semalam hampir 2 jam lebih aku dan rakan yang sedang menyiapkan tesis sarjananya dalam bidang politik duduk di hadapan komputer memeriksa satu persatu anugerah yang diberikan kepada motivator ini. Dari ijazah, nama universiti, lokasi dan latar belakang kawasan itu sendiri disiasat. Kemuncak kepada pencarian ini akan tiba dengan jawapan pihak LAN. Tujuan saya bukan untuk memburukan mana-mana pihak. Saya amat meyakini dengan latar belakang pendidikan beliau menjadi asas kepada ilmu yang disampaikan. Setiap sen saya laburkan untuk memiliki karya dan produk beliau sebagai pelaburan ilmu bersandarkan kepada keyakinan ini sejak tahun pertama di universiti.

Apabila timbul isu ini, saya lebih suka bertanya terus ke pihak yang rasmi. Lebih meyakinkan bak kata iklan kerajaan di TV1 dulu.

Jika kenyataan diberikan benar, saya tidak ragu-ragu mengatakan ia benar, jika sebaliknya saya hanya mengetengahkan jawapan pencarian saya. Para pengunjung bebas membuat andaian sendiri.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Dalam undang undang pendaftaran syarikat di USA, seingat saya, di Delaware cukup mudah. Maka terlalu banyak pendaftaran untuk pelbagai jenis niaga dibuat atas nama Delaware. Saya masih kabur, motivator yang mana yang sedang diselidiki, yang Tuah tuah Jebat itukah?
Zamri Mohamad berkata…
Ya. Saya email bertanya sama ada kampus utama Universiti Trinity di Texas mempunyai mana-mana universiti di Delaware dengan nama yang sama, sama ada cawangan sendiri atau institusi lain dengan nama yang sama. Mereka menafikan ada cawangan di Delaware. Saya sudah pening kepala.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...