Langkau ke kandungan utama

23 penulis harapan.




Aku kira ini adalah salah satu bengkel penulisan remaja yang sangat memberangsangkan. Meskipun sekadar dua jam tiga puluh minit bersama-sama mereka, tetapi sikap positif dan tumpuan yang mereka berikan menyuntik semangatku untuk berkongsi serba sedikit apa yang aku miliki untuk mereka berkarya melalui penulisan.

Dalam 23 pelajar dari Kelab Kreatif UIAM yang menghadiri bengkel penulisan di Kampus PTS, Janda Baik, aku golongkan kepada dua kumpulan.

1. Meminati penulisan kreatif seperti sajak dan cerita.
2. Meminati penulisan non kreatif seperti tip-tip, isu semasa dan bantu diri.

Bagi bengkel Teknik Penulisan: Teori dan Praktikal, aku lebih memfokuskan kepada pendekatan berkarya untuk keperluan majalah dan akhbar. Ada seorang dua ahli bengkel pernah menghantar hasil karya mereka ke akhbar sebelum ini.

Melihat mereka seolah-olah melihat diri aku kembali ketika sebaya umur mereka.

Insya Allah, program lanjutan melalui bimbingan melalui email akan bermula Febuari ini. Moga-moga ini akan membantu mereka dan membantu diriku.

Aku ucapkan terima kasih sekali lagi buat nama-nama ini.

Siti Hajar Ahmad Sazali jurusan psikologi.
Mohd Kairul Ridwan Adha b Akhiar jurusan pembuatan.
Ahmad Fauzi b Ishak jurusan kejuruteraan.
Izzul Islam b Shabdin jurusan kejuruteraan.
Abdul Aziz b Abd Rahman jurusan fekah.
Hashim Zulkifli jurusan senibina.
Muhd Syah Iskandar b Sahmat jurusan kejuruteraan mekatronik.
Khairul Fahmi Helmi Muharor jurusan bahasa inggeris.
Mohd Syafiq Hakim Samsudin jurusan kejuruteraan aero-angkasa.
Hawa Mas Azmar bt Ahmad jurusan sains biologi.
Nurhani bt Fadzil Hajazi jurusan sains biologi.
Nurhidayah bt Ab Razak jurusan sains biologi.
Nurzafika bt Zawawi jurusan teknologi-bio.
Nur Aida Madiha bt Che Rahim jurusan sains kesihatan.
Izzatunnazmi Syazwan b Abd Aziz jurusan kejuruteraan mekatronik.
Sharifah Bhiyah Syed Hanapi jurusan kejuruteraan automotif.
Siti Raufa Surfina bt Abd Raub jurusan kejuruteraan pembuatan.
Syazwani Awang Samat jurusan kejuruteraan automotif.
Norhayatul Syima bt Sulaiman jurusan kejuruteraan kimia.
Nik Rahimah bt Abdullah jurusan pengajian al Quran dan Sunnah.
Naimah bt Hassan jurusan pengajian al Quran dan Sunnah.
Mohd Hilmi Zainal Abidin jurusan kejuruteraan mekanikal.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Wah! Banyaknya saudara mendapat mentee!
Zamri Mohamad berkata…
Terima kasih Puan kerana mencadangkan nama saya. Sebenarnya saya 'blank' juga setengah jam. Sebab sudah lama benar tidak bercakap depan orang ramai meskipun baya adik-adik. :)
Azree MH berkata…
Hehe. Maaf kerana tidak dapat mengikuti bengkel saudara sebab nak pergi ke bengkel puisi Marsli NO.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...