Langkau ke kandungan utama

Respon kepada penjelasan Islam Hadhari.net

“Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi,” petikan kenyataan balas Islam Hadhari.

Penjelasan pihak Islam Hadhari amat ditunggu-tunggu. Membaca kembali respon dari pihak Islam Hadhari seolah-olah menyalahkan kami dalam mengetengahkan isu ini. Untuk pengetahuan tuan, di Amerika dan negara-negara Eropah, kemungkinan disaman amat tinggi dalam kes jenayah ini.

Di negara-negara maju ini, badan khas yang melindungi hak penulis sangat cepat dan bersedia mengambil tindakan yang sewajarnya demi hak penulisnya. Dalam isu ini, kami tidak menyalahkan Dato Nordin Kardi , cuma kami inginkan PENJELASAN BAGAIMANA IA BERLAKU dan MENGAPA KESILAPAN TEKNIKAL SEBESAR INI BOLEH TERJADI.

Alhamdulillah, Dato Nordin sendiri mengatakan apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan beliau. Jika maruah Dato Nordin diperjudikan dalam kes ini, siapakah yang bertanggungjawab menjadikan keadaan tersebut?

Setelah mendapat penjelasan terus dari Dato dan saudara Muhtar Suhaili, saya selaku penulis bebas percaya kepada nilai intergriti dan amanah untuk menyiarkan kenyataan mereka di dalam laman blog dan web kami. Perkara ini kami perjuangkan dalam segenap sudut dengan penyebaran secara massa yang adil dan telus.

Tanggungjawab sesama penulis adalah melindungi hak mereka dari dicerobohi sesuka hati walau apa niat sekali pun. Ia adalah sikap yang menjadi teras kepada perkembangan ilmu yang sihat dengan menghargai setiap perkataan yang disebarkan oleh penulis untuk masyarakat.

Respon Islam Hadhari.net, “pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam.”

Saya tidak meragui pihak Islam Hadhari mempunyai niat yang baik dalam menyebarkan ilmu. Tetapi jika berteraskan syariat, ini tidak sepatutnya berlaku. Ia seolah-olah mengislamisasikan pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’

Apa sahaja bentuk penulisan umpama harta bagi orang yang menciptanya. Jika ia diibaratkan seperti rumah dan sebidang tanah kecil, saya yakin pemiliknya tidak akan rela hartanya itu diambil sesuka hati dan diakui hakmilik orang lain.

Inilah yang berlaku sekarang. Ia amat sensitif bukan kerana hendak hendak menjatuhkan mana-mana tokoh. Jika kami dianggap demikian, maka itu satu sangka buruk dan fitnah kerana kami tidak pernah diajukan soalan mengapa kami amat terkesan dengan insiden ini. Malah sudah berlaku sebuah badan besar yang pernah bercadang menerbitkan siri pembentangan kertas kerja tanpa merujuk kepada penulis kertas kerja tersebut terlebih dahulu. Ini juga adalah jenayah hakcipta dan penerbitan yang sangat dikesali jika ia sudah terjadi.

Jawab kami, ini adalah isu sensitif kerana bagi kami nilai pena kecil individu biasa yang mempunyai harapan besar dalam melaksanakan perubahan negara harus dihormati. Jika yang melakukan tidak berpangkat sekalipun, kami tetap menyuarakan isu jika ia sampai kepada kami sebagaimana berlaku pada hari ini.

Isu Muhtar Suhaili menjadi kontroversi kerana beliau merupakan salah satu ahli keluarga dalam ribuan penulis tempatan. Jika dia tercedera, adik beradik yang lain turut terasa sama. Dalam dunia internet ini, ia lebih tersebar luas dengan pelbagai bahasa. Tambahan lagi kumpulan-kumpulan blog yang mempunyai jaringan kuat lebih cepat memberi respon keadaan situasi ini.

Tetapi, keadaan ini juga dianggap sihat apabila penulis dan pembaca tahu hak dan kepentingan mereka dalam lingkungan undang-undang penerbitan dan hakcipta.

Moga Islam Hadhari.net memahami situasi ini.

ZAMRI MOHAMAD
Penulis bebas
.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Mengapa lama benar baru pihak-pihak itu mengambil tindakan membuat kenyataan terbuka? (Macam ada pakat-pakat di balik tabir saja!)

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...