Langkau ke kandungan utama

Shattered Glass

Aku baru sahaja menonton sebuah filem bertajuk Shattered Glass di ASTRO. Filem berdasarkan kisah benar menonjolkan watak seorang wartawan muda berumur 23 tahun bernama Stephen Glass yang mencipta nama sebagai wartawan yang menonjol di sebuah majalah politik, The New Republic (sebuah majalah yang satu-satunya dibaca dalam Air Force One meninggalkan 18.600 majalah lain) dan beberapa majalah lain.

Stephen Glass berhadapan dengan masa hadapan yang gelap apabila siri rencana yang dihasilkan bersama The New Republic disyaki saduran, plagiarisma dan penipuan fakta serta sumber yang sengaja diada-adakan.

Satu demi satu penipuan terdedah apabila artikel terakhirnya bersama The New Republic bertajuk Hack Heaven menimbulkan keraguan pesaing organisasi ini.

Setelah disiasat, ia ternyata benar. Stephen telah melakukan jenayah kewartawanan yang membawanya ke pemecatannya.

Apa yang unik disebalik cerita ini yang inginku kongsikan kepadamu.

Pertama.

Stephen Glass mempunyai daya komunikasi interpersonal yang cukup memikat.

Dia dapat mengingati apa yang digemari oleh setiap staf, cepat memberi pujian terhadap perubahan yang ditonjolkan mereka. Dalam satu adegan Glass memuji warna gincu yang digunakan seorang staf dan menyebut dengan tepat jenamanya. Ia membuatkan orang sangat gembira dan suka dengan keperibadian Glass.

Dalam mesyuarat editorial, beliau tahu bagaimana menceriakan suasana. Dia akan bercerita dan memberi kegembiraan kepada semua ahli mesyuarat. Cerita tersebut merupakan rencana yang dihasilkan. Setiap penutup ceritanya, dia merendah diri dan berkata rencana itu mungkin tidak akan dicetak keluar.

Kedua.

Stephen Glass menggunakan ilmu yang dimilikinya dan menghasilkan sesuatu yang kelihatan benar dan logik sehinggakan editor pada awalnya sangat mempertahankan rencana-rencananya. Utilasi ilmu secara efektif berlaku meskipun ia tidak dilakukan secara jujur.

Ketiga.

Kerana menginginkan nilai nama dan sumber kewangan yang kukuh melalui sumbangan artikel yang ditulis, dia mempertahankan tipu dayanya. Akhirnya pada usia 23 tahun, dia menyediakan tapak kejatuhan karier sendiri apabila dapat dihidu oleh pesaing The New Republic.

Keempat.

Nilai setia para staf terhadapnya cukup kuat apabila Glass berjaya mengikat hati mereka dengan kerendahan hati, sikap tidak loket ilmu dan menjadi pendengar yang baik apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan. Editor yang menghidu penipuan Glass hampir-hampir dilihat sebagai musuh oleh mereka.

Kelima.

Ayat-ayat menarik dalam filem ini:

“Wartawan melihat dan meyingkap seni tingkah laku manusia.”

“Hasil kerjamu dapat mengubah sebuah polisi negara.”

Jadi apa nilai motivasi dan iktibar yang kita dapat dari kisah ini?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kalau tak silap judul majalah tersebut ialah "The New Republic'.
Zamri Mohamad berkata…
saudara/ri anonymous teapt sekali! Saya akan betulkan. Terima kasih ya!
Zamri Mohamad berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...