Sebentar tadi aku baru sahaja menonton episod finale The Apprentice musim ke lima. Dalam salah satu soalan yang diajukan oleh DonalTrump kepada peserta bernama Tammy, "Saya lihat Sean (peserta akhir rancangan ini) sangat teruja dan gembira dengan perasaan dia terhadap awak Tammy. Dia kelihatan terlalu suka dan berlebih-lebih sehinggakan orang lain tahu mengenai perasaannya. Tidakah awak rasa dia melampau?"
Sean diam, ribuan penonton di dalam dewan juga diam menantikan jawapan Tammy.
Jawab Tammy, "Tuan Trump, keghairahan cintanya terhadap saya adalah sesuatu yang akan menguntungkan organisasi tuan. Seperti mana ghairahnya cintanya kepada saya, keghairahan yang sama akan dia berikan untuk mengukuhkan organisasi tuan. Saya yakin."
Sean dan Tammy selepas Sean diumumkan sebagai pemenang musim ke lima The Apprentice.
Ulasan