Langkau ke kandungan utama

1:17

Baru tadi saya bersembang maya dengan seorang rakan lama (sudah lebih sepuluh tahun berkawan) tentang psikologi. Sahabatku, Yuzana Yunus berkata Universiti Malasa kini telah memperkenalkan satu bidang kajian bernama Psikologi Positif. Sebagaimana mana dalam rekod UKM, pemohon-pemohon geran pendidikan universiti ini lebih banyak ingin mempunyai kajian isu-isu negatif dalam bidang psikologi. Nisbahnya kajian sebegini besar iaitu 1:17 di Malaysia.

Buku-buku perhubungan positif, kepimpinan positif dan segala macam urusan manusia yang positif dikategorikan sebagai psikologi positif.

Jika para pengunjung ingin memperbanyakkan artikel-artikel perhubungan, cinta, kepimpinan, pengurusan dan cara hidup yang positif. Laman web rasmi di http://www.motivasiminda.wordpress.com mengalu-alukan saudara-saudari menulis di sana.

Pihak Motivasi Minda merancang mewujudkan segmen untuk penulis bersiri dalam kategori pelbagai ini. Tidak perlu panjang-panjang. Jika penulisan saudara dan saudari panjangnya sekitar satu kerta A4 sekalipun akan diterima jika dihantar secara kerap. Sasaran web ini ialah untuk mengeluarkan SIRI penulisan saudara dan saudari dalam isu tersebut.

Ia semestinya berbentuk tip-tip, penerangan, kes, cerita pendek yang mudah difahami orang awam.

Emailkan ke penulis@malaysia.com hasil penulisan saudara/saudari dan biodata diri.

Mungkin kita boleh menjadi penulis buku "kelompok psikologi positif bersama"

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
PTS sudah 6 tahun menerbitkan buku-buku bertemakan psikologi positif! hahaha....
Zamri Mohamad berkata…
Benar Puan! Saya dalam agenda menambahkan siri penulisan psikologi positif melalui PTS juga (ketawa bersama hahaha)

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...