Langkau ke kandungan utama

Tumpang tidur lokap tuan....

Prof Dato Dr Syed Arabi Idid
Puan Siti Maryam dari Mingguan Malaysia (kiri) sedang mewawancara

Rektor UIAM, Prof Dato Dr Syed Arabi Idid mempunyai kisah menarik ketika zaman sekolahnya di Kedah. Ketika muda, beliau menggemari aktiviti-aktiviti luar sehinggakan beliau banyak menyertai kelab-kelab yang memenuhi minatnya itu.

Salagh satunya dipanggil Kelab Kembara. Salah satu aktiviti yang tidak dapat dilupakannya ialah aktiviti merentasi semenanjung dari Kedah ke Singapura dalam masa 48 jam dengan hanya berbekalkan lima puluh sen. Ahli kelab Kembara perlu melakukan aktiviti seperti ini.

Bagaimana hendak ke sana? Beliau bersama sahabatnya, Abdul Razak perlu menaiki kenderaan yang menuju ke arah Singapura. Ada lori, bas dan kereta yang menuju destinasi yang berlainan tetapi melalui jalan yang sama. Kenderaan-kenderaan inilah yang akan ditahan dan ditumpangi mereka berdua.

Dalam perjalanan, mereka mempelajari manusia dari apa yang dibawanya. Mengenal susah payah orang dari apa yang dipandu. Perjalanan panjang itu membawa mereka ke Kuala Lumpur, dari sana mereka menumpang kenderaan seorang anggota tentera berbangsa Inggeris yang hend ak ke Johor.

Mereka tiba di Simpang Renggam pada waktu malam. Kedua-duanya tercari-cari tempat untuk merehatkan badan sebelum menyambung perjalanan pada keesokan harinya. Akhirnya mereka menemui sebuah balai polis.

"Assalam alaikum tuan," Syed Arabi memberi salam.

Kelihatan seorang pegawai polis yang sibuk mencatat sesuatu di meja kaunter. Lewat-lewat malam begini, balai polis didatangi dengan duan orang budak dengan beg galas masing-masing.

"Wa alaikum salam. Boleh pakcik bantu?" sahut pegawai polis dengan senyuman.

"Tuan, bolehkah kami bermalam di sini?" mata yang semakin berat tidak pdapat ditahan lagi. Mahu tidak mahu, Syed Arabi dan Abdul Razak harus tidur.

"Eh, kami tidak ada bilik tidur di sini. Di mana anak berdua hendak tidur?" soal pegawai polis itu lagi.

Syed Arab menudingkan jarinya ke satu arah, "Di situ"

"Ya Allah! Anak berdua, itu lokap mana ada orang suka-suka hendak tidur di situ. Bawa malang nanti. Jangan buat perangai. Mari ikut pakcik balik. Tidur di rumah pakcik sahajalah." pegawai polis itu masih terkejut dengan permintaan dua orang budak itu.

Cerita ini diolah semula dari wawancara Mingguan Malaysia dan Rektor pada 5 Oktober 2006

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...