Belajar di sebuah sekolah yang melibatkan semua kaum dan agama selama 13 tahun, kemudian bergerak memasuki sebuah universiti islam dengan suasana dan pengamalan hidup islami memberikan penulis dua corak kehidupan sosial berbeza. Kedua-dua tahap kehidupan yang berlainan dari kehidupan sebagai pelajar sekolah yang majoriti bukan Melayu dan bukan beragama Islam menjadi sumber pengalaman yang menarik dan membina pengalaman hidup. Melangkah kaki ke sebuah universiti yang menghimpunkan para pelajar sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia yang membawa minda tersendiri, dipertembung dengan aliran sekolah harian, ia menjadi kejutan yang lama kelaman menjadi kebiasaan. Dari artikel Muslimat dakwah… Senyumlah (September 2006) sehinggalah respon melalui surat pembaca Muslimat Dakwah yang Tersenyum (November 2006), kedua-duanya memberi perspektif bersifat pelbagai yang membuat para pembaca dapat menyemak kembali metodologi dakwah dan selaras dengan pendekatan kontemporari yang tidak lari dari Quran ...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.