Langkau ke kandungan utama

Ramadan Wangsa Maju

"Zamri, Islam Online minta artikel tentang Ramadan di Malaysia. Awak pergi ambil gambar dan hantarkan kepada saya secepat mungkin," minta Tuan Halim.

Paling cepat hari Isnin. Kalau pulang hari Sabtu, sahur dan berbuka hari Ahad. Tiket ke Kuala Lumpur biasanya habis Sabtu pagi. Kalau sampai pun, paling lewat Isnin pulang ke Kuala Lumpur, sempat atau tidak? Payah juga dengan pengangkutan awam. Wahai manusia, tidak bersyukurkah? ada pengangkutan awam pun masih tidak tahu berterima kasih. Istighfar aku berkali-kali.

"Tapi Sabtu saya cadang nak pulang ke Melaka. Hari pertama puasa," jawabku.

Kalau di Melaka hari Isnin sememangnya cuti umum yang dianjak dari 1 Ramadan yang jatuh pada hari Ahad. Isnin cuti, maka lebih cepatlah kehabisan tikel di Melaka Sentral.

"Kita kena hantar awal, lewat dari sehari sudah lewat," kata Tuan Halim.

Petang Sabtu, telefon di Melaka berbunyi. Ibu di kampung memberi salam. Tenang dan gembira sahaja bunyinya.

"Ibu, saya pulang Sabtu hadapan. Kena anjak seminggu. Saya perlu ambil gambar aktiviti bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur. Doakan kemudahan kerja dan kesihatan saya ya ibu," kataku dengan nada perlahan.

Klik, klik, klik.

Gambar sekitar bazar Ramadan Wangsa Maju menjadi tugasan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...