Langkau ke kandungan utama

Aku berhentikan kau!

Bagaimana seseorang diberhentikan kerja. Dalam pengalaman mentah aku yang masih muda dan masih layak menyertai mana-mana kelab belia, ada beberapa cara yang telah aku lihat sendiri dalam mana-mana organisasi. Ia boleh dilakukan secara terang-terang atau senyap-senyap.

1. Majikan akan mula tidak membayar gaji pekerjanya tanpa memberitahu apa-apa. Apabila pekerja bertanyakan tentang gaji, kakitangan yang menguruskan akan meberi alasan sama ada, "Bos tidak beritahukah bajet kita kena potong?" , "belum sampai cek lagi," atau "Entah, nama awak tidak ada pun."

2. Lebih lama pekerja tidak dapat gaji, lebih tertekan pekerja dan akhir sekali dia akan angkat kaki mencari kerja lain untuk mengisi perut yang kosong.

3. Sejak hari pertama, dia tidak memberikan surat perlantikan jawatan. Ini memudahkan majikan menang apabila pekerja menuntut haknya. Sebabnya, "Awak tidak ada bukti bekerja dengan kami."

4. Pekerja tidak akan diberi apa-apa projek dan diasingkan dari mesyuarat (atau tidak ada mesyuarat langsung) sehingga dia merasakan membuang masa duduk di organisasi itu lama-lama.

5. Majikan tidak mempedulikan nasib pekerja. Meskipun dia datang ke pejabat dengan muka menahan lapar dan kurus cengkung, majikan bersikap seperti tidak ada apa-apa berlaku. Dia tidak akan bertanya khabar. Pekerja itu sudah tidak wujud dalam organisasinya.

6. Memberi kerja yang pelik dan tidak mampu dilakukan oleh majikan. Sehingga satu tahap dia tidak mampu lakukan, maka majikan berkata, "Dari hari pertama lagi saya rasa akan tidak membantu organisasi."

7. Majikan dan orang yang paling rapat sering tidak ada di pejabat. Jika di hubungi telefon dan sms, dia tidak akan menjawab.

8. Kalau saudara-saudari menggunakan kad akses untuk masuk ke pejabat. Percayalah pada hari saudara-saudari diberhentikan, kad akses tersebut tidak berfungsi. Maka saudara-saudari tanpa mengetahui apa yang terjadi akan terus menekan butang pintu berkali-kali. Sehinggalah seseorang datang kepada saudara-saudari dan mengatakan, "Anda diberhentikan."

9. Salah satu cara yang digunakan ialah dalam beberapa bulan awal, gaji memang tinggi dan menarik dan tiba-tiba tinggal separuh. Selepas itu tidak ada lagi.

Kesemua ini amat berkait rapat dengan kepentingan surat perlantikan jawatan. Jika saudara-saudari yang baru hendak memasuki dunia kerja, pastikan mendapat surat perlantikan sebagai bahan bukti untuk mendapatkan hak yang seadilnya. Ia kelihatan pelik, percayalah ada organisasi yang sebegitu meskipun membawa label agama sebagai teras perniagaannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...