Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2006

Aku berhentikan kau!

Bagaimana seseorang diberhentikan kerja. Dalam pengalaman mentah aku yang masih muda dan masih layak menyertai mana-mana kelab belia, ada beberapa cara yang telah aku lihat sendiri dalam mana-mana organisasi. Ia boleh dilakukan secara terang-terang atau senyap-senyap. 1. Majikan akan mula tidak membayar gaji pekerjanya tanpa memberitahu apa-apa. Apabila pekerja bertanyakan tentang gaji, kakitangan yang menguruskan akan meberi alasan sama ada, "Bos tidak beritahukah bajet kita kena potong?" , "belum sampai cek lagi," atau "Entah, nama awak tidak ada pun." 2. Lebih lama pekerja tidak dapat gaji, lebih tertekan pekerja dan akhir sekali dia akan angkat kaki mencari kerja lain untuk mengisi perut yang kosong. 3. Sejak hari pertama, dia tidak memberikan surat perlantikan jawatan. Ini memudahkan majikan menang apabila pekerja menuntut haknya. Sebabnya, "Awak tidak ada bukti bekerja dengan kami." 4. Pekerja tidak akan diberi apa-apa projek dan diasingkan...

weblog berpuaka

Wordpress telah membawa revolusi baru dalam dunia internet dengan memperkenalkan web dan blog dalam satu acuan. Aku turut terpengaruh dengan perkembangan teknologi ini dengan memperkenalkan laman weblog terbaru untuk Kolej Kediaman Mahallah Ali Ibn Abi Talib. Kerja di bahagian Perhubungan Media, Pejabat Rektor UIAM satu hal lain (minggu hadapan menguruskan kehadiran wartawan Mingguan Malaysia ke UIAM), kerja di kolej kediaman satu hal lagi. Rasa-rasanya, perkara yang banyak mempengaruhi aku dalam weblog ini ialah Tuan Fauzul Naim Ishak yang banyak memperkenalkan weblog-weblog dot com miliknya. Layari www.aliman.wordpress.com

Ramadan Wangsa Maju (2)

Ramadan Wangsa Maju

"Zamri, Islam Online minta artikel tentang Ramadan di Malaysia. Awak pergi ambil gambar dan hantarkan kepada saya secepat mungkin," minta Tuan Halim. Paling cepat hari Isnin. Kalau pulang hari Sabtu, sahur dan berbuka hari Ahad. Tiket ke Kuala Lumpur biasanya habis Sabtu pagi. Kalau sampai pun, paling lewat Isnin pulang ke Kuala Lumpur, sempat atau tidak? Payah juga dengan pengangkutan awam. Wahai manusia, tidak bersyukurkah? ada pengangkutan awam pun masih tidak tahu berterima kasih. Istighfar aku berkali-kali. "Tapi Sabtu saya cadang nak pulang ke Melaka. Hari pertama puasa," jawabku. Kalau di Melaka hari Isnin sememangnya cuti umum yang dianjak dari 1 Ramadan yang jatuh pada hari Ahad. Isnin cuti, maka lebih cepatlah kehabisan tikel di Melaka Sentral. "Kita kena hantar awal, lewat dari sehari sudah lewat," kata Tuan Halim. Petang Sabtu, telefon di Melaka berbunyi. Ibu di kampung memberi salam. Tenang dan gembira sahaja bunyinya. "Ibu, saya pulang S...

Lima keping, padam.

"Cukupkah bateri kamera ini?" tanyaku kepada pemilik kamera Minolta yang juga sahabatku. "Lebih dari cukup,' jawabnya sambil tanganya memicit butang yang terdapat di kamera. Selepas beberapa lama dia mengangguk-angguk. Keesokannya, belum sampai lima keping gambar diambil, satu amaran tertera di skrin kamera, Batery Exhausted. Cukuplah dengan kemampuan otak sebagai perakam memori program ini Bangunan hadapan Filem Negara Malaysia Kawalan audio dan video panggung FNM Kelengkapan rakaman pada masa dahulu Kelengkapan rakaman pada masa dahulu Serba sedikit maklumat tentang FNM

Menjadi wartawan, syaratnya....

Datuk Ahmad Talib, merupakan bekas wartawan dari kumpulan NST yang kini berada di Maxis Communication. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang konsep kewartawan ketika berada di UIAM pada Khamis 21 September 2006. Program bertajuk Journalism; Future and Prospect adalah anjuran seorang pensyarah UIAM, Prof Madya Taib Azmuddin. Pandangan peribadi beliau, "Wartawan adalah kumpulan awal pencatat sejarah manusia hari ini. Dalam tempoh 50 hingga 100 tahun akan datang, berita-berita yang ditulis inilah yang akan dikaji dan dibaca semula serta dikumpulkan sebagai bahan sejarah. Menjadi wartawan bermaksud berkemampuan mengurus, memimpin, memberi inspirasi dan berhati besar. Maka kemampuan membaca fikiran masyarakat pada zaman itu sangat penting!" P/S terima kasih Puan Ainon atas teguran yang diberi!

Islam phobia

Tuan Shah Kirit Kalkula Govindi Ummatic Talk Pengarah progam (kiri), Azuni bersama jawatankuasa program Catatan liputan penulis di Ceramah Mingguan UIAM anjuran Maaruf Club Tuan Shah Kirit Kalkulal Govindi merupakan anak murid kepada pakar perbandingan agama dunia, Dr Zakir Naik dari India. Dalam ceramahnya bertajuk Islamphobia, beliau berkata, "Islamphobia harus tidak dilihat sebagai benda kecil di mata Muslim. Ingatkah saudara tentang pengeboman di London? Gambaran yang ditunjukkan ialah rumah pengebom dan ahli keluarganya tinggal di kawasan kejiranan yang aman di sana. Kali kedua, isu letupan menggunakan cecair ke dalam kapal terbang. Sekali lagi visual tersebut dipaparkan." Apa yang ingin cuba disampaikan? Jawab Tuan Shah Kirit, "Dengan menunjukan kawasan kejiranan yang aman dan didiami oleh orang-orang Islam dan bukan Islam, gambar tersebut seolah-olah berkata; Rakan Muslim yang kamu kenal sejak kecil hingga besar dan duduk di sebelah rumah belum tentu seorang yang ...

Pilihanraya Kampus gambaran wajah kepimpinan akan datang.

Surat pembaca ZAMRI MOHAMAD (Surat pembaca Berita harian 21 September 2006) Ketua Pengarang dirahmati Allah Pilihanraya Kampus gambaran wajah kepimpinan akan datang. Jika menyebut tentang pilihanraya, kita tidak akan terlepas untuk membayangkan kotak-kotak undi, jentera calon yang giat berkempen dari satu tempat ke satu tempat dan isu-isu kontroversi yang timbul sepanjang minggu berkempen. Pilihanraya kampus kali ini menbayangkan keadaan yang sama, cuma berbeza kali ini dengan sisitem pengundian secara elektronik (e-voting) Memilih pemimpin yang bakal menerajui suara universiti untuk penggal yang akan datang menjadi satu pemilihan yang sukar bagi para pelajar kampus. Pelabelan pro aspirasi dan pembangkang telah membentuk satu suasana baru dalam pilihanraya kali ini apabila para pelajar kampus sudah mula tidak berminat dengan isu ini. Sudah ada corak baru apabila para pelajar kampus yang diberikan hak mengundi untuk tidak terpengaruh dengan budaya label melabel ini. Pilihannya sama ada ...

Penulis Bebas Jangan Bunuh Peluang!

Menjadi wartawan dan penulis bebas, ia tidak bermakna kita BEBAS untuk melakukan apa-apa sahaja. Dalam kerangka kerjaya wartawan dan penulis bebas, adalah lebih baik untuk kita membaca buku-buku karangan Imam Al Ghazali tentang adab dan perhubungan manusia. Beberapa tip yang saya kutip daripada bakal pengamal bidang Perhubungan Awam (PR) beberapa hari yang lalu. Tip-tip ini sempat saya kutip apabila individu ini bercadang menghantar surat kepada badan perhubungan awam sebuah institusi pendidikan dan organisasi yang diwakili oleh penulis bebas terhadap beberapa perkara yang kurang disenangi penganjur dan VIP. Mujurlah, ia masih diperingkat cadangan. Berikut adalah tip-tip yang penting sebagai peringatan untuk diriku sendir dan sesiapa sahaja. 1. Seandainya kita mendapati terdapat kesalahan dan kesilapan dalam program yang dianjurkan, jangan teruja untuk membetulkan kesilapan penganjur tersebut. Alamatnya, itulah kali pertama dan terakhir mereka mengalu-alukan kehadiran kita untuk membu...

Campus TV III

Ini adalah contoh projek Campus TV IIUM yang sedang diusahakan oleh sekumpulan pelajar untuk merealisasikan perancangan ini. Komen dan kritikan dialu-alukan. Bahagian kedua ialah Motivasi dan Bantu Diri.

Campus TV II

Ini adalah contoh projek Campus TV IIUM yang sedang diusahakan oleh sekumpulan pelajar untuk merealisasikan perancangan ini. Komen dan kritikan dialu-alukan. Bahagian pertama adalah berita kampus.

CAMPUS TV sudah bermula

Projek contoh CAMPUS TV sudah bermula. Ini adalah segmen ketiga, MOTIVASI & BANTU DIRI. Segmen cadanganku. Segmen lima minit ini diadaptasi dari Resensi RTM1. Dalam gambar menunjukkan saudara Izuwan Mohd Nor, penulis buku dan pelajar yang mengambil tiga jurusan serentak (bermula dengan kejuruteraan kini ekonomi dan ilmu wahyu) sedang diwawancara oleh saudari Shafiqah Hana, pengacara CAMPUS TV, pelajar tahun 1 Undang-Undang. Kini dalam proses mendedahkan program dengan kritikan dan cadangan kalangan pensyarah dan pelajar.

Prof. Ataullah lalui jalan kebenaran penuh berliku

Bagi mereka yang mengikuti blog ini dari tahun 2005, cerita profesor ini pernah menjadi catatanku. Ini merupakan catatan dari akhbar Utusan Malaysia 15 September 2006 Bicara Agama Prof. Ataullah lalui jalan kebenaran penuh berliku Oleh ZUARIDA MOHYIN Prof. Ataullah Bogdan Kopanski pernah dua kali dianugerahkan pingat Struggle for Freedom and Independence iaitu pada 1995 dan 2006. DAN Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (Al-Baqarah: 213) Ayat di atas ini menjelaskan kepada kita bahawa hidayah atau nur petunjuk itu adalah milik mutlak Allah s.w.t. Biarpun kita mampu menerangkan tentang kelebihan agama Islam itu kepada semua manusia sama ada yang beragama Islam ataupun mereka yang masih dalam zaman kejahilan.Pun begitu, tanpa keizinan-Nya maka tiadalah hidayah yang diperoleh oleh mereka. Lantaran itu, sebagai hamba-Nya yang mengakui diri beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul, janganlah sekali-kali kita memperlekehkan pengisl...

Temubual Islam Online pertama.

Koresponden Islam Online & Perhubungan Media UIAM (kanan) Tuan Halim Taib menemuramah tentang isu Lina Joy Tuan Yusri Mohamad, Presiden ABIM Statement by ABIM President, Yusri Mohamad during the interview at Cafe Gallery 12 September 2006 Correspondent Islam Online: Mr Abdul Halim Taib. Representative/Photographer : Zamri Mohamad 1. Comment on the delay in releasing the judgement result by the court. "What is important that the court comes out with the best judgement that is possible. I would tend to agree, In the case such as this, we do not want a rush judgement." 2. It seems that they encroach other people territory. What is your comment? "They say it is interfering other people individual choice. I tend to differ. This is their description . The way I see it, this is no longer an individual matter once it is bring to the court and the issue like this to the public. The way they see the private and public domain is different than the way they see it. It is a typ...

Rasa cemburu dengan kelebihan

Rasa cemburu dengan kelebihan yang ada pada orang lain? Sakit hati dengan apa yang mereka miliki tidak kita punyai? Apa kata Quran? "Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya." Sebahagian ayat Surah Al Nisaa:54

Penuntut IPT kesal artis ditonjolkan semasa konvokesyen

Cabaran untuk saudara Nazri Saedon untuk menjawab persoalan-persoalan ini sebagai pemimpin aspirasi di UIAM Gambaran wajah pengganas-pengganas di universiti Islam. Penuntut IPT kesal artis ditonjolkan semasa konvokesyen Fri Sep 08, 06 05:37:23 PM Oleh Nyza Ayob KUALA LUMPUR, 8 Sept (Hrkh) - Mahasiswa negara ini melahirkan kekesalan dengan tindakan membawa masuk artis ke pesta konvokesyen universiti-universiti tempatan. Baru-baru ini dilaporkan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang ditonjolkan dengan imej Islam mengundang para artis membuat persembahan sepanjang pesta konvokesyen universiti berkenaan. Setiausaha Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Husni Abdul Karim berkata tindakan membawa masuk artis ke pesta konvokesyen UIA melanggar prinsip Taman Budi dan Ilmu yang diterapkan di universiti berkenaan. Husni yang juga pelajar UIA berpendapat seharusnya pesta konvokesyen melambangkan kematangan intelektual dan ilmu dan bukannya dihidangkan dengan hiburan yang melalaikan. ...

Mencari guru cinta.

Mencari guru cinta. Golongan falsafah dan bahasa melontarkan persoalan bagaimana cinta dikenali dan bagaimana untuk memahaminya. Seorang pemikir bernama Plato cuba mendefinisikan maksud cinta. Cinta dilihat sebagai salah satu aktiviti otak. Cinta membawa nilai-nilai yang tinggi dari dalam manusia secara berterusan tanpa paksaan. Tanpa cinta manusia tidak akan berkembang, tidak ada kehebatan akan muncul dalam diri. Menurut Plato, cinta hanya dapat dipelajari dari sebahagian manusia sahaja. Manusia yang tidak pernah mengalaminya, tidak akan mampu mencurahkan maksud dan pengertian cinta kepada orang lain. Dengan berkata cinta tidak boleh dikaji berbeza maksudnya dengan mengatakan mengkaji cinta satu perkara yang terlarang. Dalam bercinta, akan ada kelakuan yang wujud bersamanya. Dalam memahami pengertian cinta, perlu ada satu proses didikan yang khusus untuk melaluinya. Socrates mengatakan dalam Symposium , nilai sebenar setiap perkara adalah sesuatu yang di luar intelektual manusia. Han...

Sumpitan Indonesia

Pertama kali belajar menyumpit dengan sumpit dari Indonesia. Tidak mengenai sasaran.

Editor Sambilan dicari

Assalamu'alaikum wbth. PTS Islamika yang merupakan imprint PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) bagi menerbitkan khazanah ilmu-ilmu Islam dan bentuk moden, kini membuka peluang kepada calon-calon berkelayakan memohon menjadi editor bebas (sambilan). Skop Tugas: 1. Menyunting manuskrip (bahasa & kandungan) 2. Mengatur huruf teks 3. Tugas-tugas lain yang berkaitan Calon-calon yang berminat perlulah mempunyai kreteria seperti berikut: 1. Ijazah/diploma dalam bidang pengajian Islam dari IPT tempatan atau luar negara. 2. Lulus SPM Bahasa Melayu. 3. Mempunyai komputer peribadi * 4. Mahir menggunakan perisian asas komputer 5. Minat membaca dan membuat kajian * (mempunyai komputer riba adalah satu kelebihan) Latihan Calon-calon yang diterima perlu menjalani siri latihan yang diadakan pada hujung minggu atau pada Cara Memohon Sila muat turun lampiran borang maklumat peribadi biodata yang disediakan dan email kepada fatimah@pts. com.my. Nyatakan juga sama ada calon menggunak...

Pembaca budiman mengirimkan email

Hari ini aku bercuti. Koordinatorku, Encik Halim Taib pergi ke Kubang Pasu hari ini untuk bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ada urusan tentang melanjutkan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah di bawah tajaan Yayasan Perdana. Secara langsung, beliau mengambil peluang untuk bercuti di kampungnya. Sehingga jam 8.00 malam, manukskrip bagi buku terbaru bagi siri perhubungan dan motivasi cinta telah disiapkan (insya Allah, bakal ada empat buah sebelum Oktober). Tajuknya masih belum dapat difikirkan lagi. Mungkin selepas aku siapkan pendahuluan, boleh jadi idea untuk tajuk akan muncul. Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas memberi kejutan kepada aku. Beberapa hari lalu dan hari ini aku menerima kiriman e-mail dari para pembaca budiman. Pengirim email berusia 24 tahun bernama Judith membeli buku ini di MPH Mahkota Parade, Melaka. Sekitar jam enam petang tadi saudari Judith mengirimkan dua halaman penulisanya untuk diberikan komen. Terima kasih atas kepercayaan yang diberik...

Marah Diana kerana cinta.

Dunia cinta 19 Harapan yang wujud dalam hati tidak semestinya sesuatu yang besar perlu dilakukan untuk memenuhinya. Ada ketikanya ia cuma dilakukan dengan kata-kata atau perbuatan kecil sahaja. Marah Diana kerana cinta. Berbicara soal kecenderungan hati dalam percintaan, ia turut berkait dengan timbulnya harapan, salah satu petanda hati mula diselaputi cinta. Adakalanya harapan itu kecil dalam pandangan pasangannya, tetapi besar erti untuk yang meminta. Harapan yang wujud dalam hati tidak semestinya perlukan sesuatu yang besar dilakukan untuk memenuhinya. Ada ketikanya ia cuma dilakukan dengan kata-kata atau perbuatan kecil sahaja. Ini membawa penulis kepada kisah Puteri Diana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar pada 31 November 2004 mengenai kekecewaannya apabila harapan dalam hati tidak dipenuhi. Puteri Diana dilanda kesedihan apabila Putera Charles enggan menyatakan secara terbuka rasa cintanya kepada beliau sewaktu ditemu bual berikutan pengumuman berita pertunangan mereka pada tah...

Dengan Izinmu Ya Allah atas Anugerah Ini

Rektor dan majikanku, Prof Dato Dr Syed Arabi Idid menyampaikan skrol ijazah ketika majlis konvokesyen ke 22 UIAM

Tempat ke empat, Alhamdulillah

Dari kiri, Ustaz Fauzi Muda (pengetua kolej kediaman Ali), saudara Haeqal (Presiden MRC Ali), Saudara Shakir (Sukan dan Rekreasi), saudara Ali Fadzil (Penerbitan dan Ict serta ketua projek merdeka) dan aku (kenapa berbaju Melayu dan songket?)

Gaji Kecil? No Way!

Buku saudara Ahmad Fadzli Yusof versi Indonesia ditemui oleh rakan-rakan Kolej Kediaman Ali di Indonesia. Aku tidak tahu ia diadaptasi dari tajuk buku mana satu.

Kembara Mahallah Ali ke Indonesia

Jika tidak kerana kerja, aku pasti ke sana. Tetapi walau apa pun aku gembira juga kerana perancangan mereka ke luar negara berjaya. Di sini aku paparkan gambar-gambar perjalanan mereka ke Indonesia. Tahniah Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman Ali dan Maryam. Akan datang bersiap sedialah ke negara China pula. Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib merupakan kolej kediaman pertama menganjurkan program ke luar negara. Bukan mudah untuk mereka mengumpul wang. Dari aktiviti menjual kerepek sehinggalah menganjurkan bengkel. Semua dibuatnya untuk mendapatkan wang. Kekuatan Kolej Kediaman Ali Abi Talib bukan kepada program khidmat bakti sebagaimana kolej-kolej kediaman lain. Tetapi lebih kepada sesuatu bersifat idea, cadangan dan pelaksanaan dalam pentadbiran kolej dan universiti setelah melakukan kajian setempat sama ada di universiti atau negara lain. Telaga maut tempat tujuh orang pejuang revolusi dicampak ke dalam. Telaga maut tempat tujuh orang pejuang revolusi dicampak ke dalam. Muzium yang mema...

Bilik think-tank

Bukan sebarangan bilik. Bilik 258 di tingkat lima merupakan bilik think tank dan ahli-ahli propaganda membentangkan idea-idea perkembangan pendidikan dan ummah secara keseluruhan. Pendekatan try and error serta letupan-letupan neuron akan berlaku di sini. Insya Allah. Doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat

Hantu Cina sudah jumpa kuburnya.

Selepas 22 hari memulakan tugas secara kontrak sebagai Pembantu Koordinator, Hubungan Media Jabatan Rektor UIAM, akhirnya dapat juga bilik operasi sendiri. Kelengkapan pejabat harus diusahakan sendiri. Betul-betul macam survival. Rasa macam cerita hantu cina pula mati roh merayau-rayau. Bekerja tanpa pejabat melainkan menumpang di bilik pensyarah. Apa sahaja benda baru, mesti ada kekurangan. Kalau hendak menaip surat menyurat harus ke makmal pelajar. Jika hendak ambil akhbar ke tingkat empat pejabat rektor di zon satu lagi setiap pagi. Andainya hendak membuat salinan fotokopi harus sama-sama berasak dengan pelajar-pelajar lain. Ada waktunya bertindak sebagai penghantar surat dari pejabat ke pejabat. Begitulah rutin tugas buat sementara waktu. Akhbar-akhbar dibaca setiap hari melihat setiap berita dan rencana. Selain daripada mencari berita-berita yang melaporkan tentang UIAM, kami juga perlu berfikir untuk mencipta berita dan memberi ruang agar ia dipaparkan dalam akhbar. Cabaran ini m...

Cinta dari pancaindera akal.

Dunia cinta 8 Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal tidak mudah kecewa dengan kegagalan cinta, diterimanya dengan kesedihan yang sedikit tetapi tidak merasa kecewa dan akan terus berusaha memiliki yang lebih baik. Cinta dari pancaindera akal. Apa akan terjadi apabila cinta diteguhkan dengan tiang akal yang sempurna? Adakah ia semakin kukuh dengan kesempurnaan atau akan terus bergoyang apabila dilanggar pelbagai godaan dan tekanan? • Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal akan memilih perkara yang perkara yang memanfaatkan cinta dan menjauhi perkara yang menyakitinya. Dia memilih mana yang lebih baik walaupun sulit jalannya berbanding yang mudah diperolehi tetapi pengakhirannya menyeksakan. • Manusia dengan cinta yang diteguh bersama akal akan sentiasa menaksir harga dirinya. Menaksir harga diri ia menilik hari-hari yang dilalui, adakah cinta yang dibina digandingkan bersama dengan perbuatan-perbuatan yang berguna atau sebaliknya. • Manusia dengan cinta yang diteguh ber...

Universiti Terbuka PTS berwajah baru!

Saudara-saudari yang menghubungi saya melalui email berkenaan sumber persekolahan karang-mengarang yang membawa kepada beberapa buah buku dihasilkan, saudara-saudari boleh mengikuti pengajian yang sama di laman web terbaru Universiti Terbuka PTS. Para pelajar UIAM yang berminat mengikuti kursus penulisan yang diadakan pada tarikh-tarikh tertentu tetapi masih segan-segan hendak pergi, tidak mengapa kita pergi sama-sama. Tarikh dan jenis bengkel akan diumumkan kelak. Maklumkan kepada saya jenis penulis yang saudara-saudari minati. Klik gambar untuk melawat. Latar belakang Puan Ainon Mohd (Sifu PTS) Puan Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pusta...