Langkau ke kandungan utama

Akhirnya, bergelar graduan...

Ibu yang banyak berkorban untuk memandaikan anak-anaknya, Puan Shamsiah Bt Harun (tengah). Abang yang banyak mengorbankan masa dan wang untuk pengajian adiknya, Tuan Zulkifli Mohamad (kiri)

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Anuar Manshor, Editor Perolehan PTS Professional dan Editor buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, saudari Firdaus Tahir atas penganugerahan ijazah sarjana muda dalam bidang masing-masing bagi pesta konvokesyen ke 22 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Cikgu Suhaimi Abdul Latif. Suka berbicara tentang politik dan sejarah. Individu yang banyak pengalaman dan kami sering memanggilnya dengan gelaran Syeikh Suhaimi.
Rakan baik yang dalam kesusahan pun banyak membantu sepanjang lima tahun di sini. Saudara Syaiful Hizzam Mohd Zawai (kiri)

Ijazah Komunikasi Kewartawan dan Media Cetak Pelajar terbaik Jabatan Komunikasi yang menerima Anugerah Hamka dimiliki oleh graduan Singapura (kiri)
Nani, orang Negeri Sembilan. Kini menjadi penyelia di Mydin jalan Masjid India. Cerita dia sama sahaja dengan aku.
Mereka yang habis lewat dalam pengajian dengan angka matrik 003 (2001)
Ibtihal, rakan dari Yemen. Anak duta yang pertama bergaduh mulut kerana satu isu yang dibincang ketika kelas Principle Journalism setahun dahulu. Sahabat ini akan ke Yemen menjadi wartawan dan kembali ke Uitm untuk ijazah lanjutan. Minat warna unggu.

Saudara Faizal (tengah) atau dikenali sebagai Alone. Sebabnya dia selalu menyendiri dan sentiasa hilang dalam kumpulan apabial berjalan. Insya Allah, bakal penulis menjelang 2007

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Macam muka lecturer saja!
Zamri Mohamad berkata…
Puan, berkat kata-kata Puan moga saya jadi pensyarah. Pensyarah yang bagus interpersonal komunikasi dan efektif pengajarannya. Insya Allah

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini
Zamri Mohamad adalah penulis 20 buah buku , jurulatih penulis bebas  di kursuspenulisan.com , perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi .

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...