Langkau ke kandungan utama

Majlis Pelancaran Dan Bedah Buku Rufaqa





Majlis Pelancaran Dan Bedah Buku Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia Mega View, Menara Kuala Lumpur, 20hb. Mei 2006 (Sabtu)

Majlis Telah dihadiri oleh lebih 200 orang yang terdiri dari tetamu VIPnya iaitu Dato' Ariffin Suhaimi beserta isterinya Datin Marhamah,Jeneral Bersara Akhbar Deen, ahli korporat, wartawan, guru, pelajarpusat pengajian tinggi, sekolah menengah, guru serta surirumah tangga.

Ucapan Wakil Rufaqa Corporation, En Luqman Hakim menyatakan bahawa isu kerosakan manusia yang kini melanda seluruh dunia berpunca dari salahmenerima tafsiran pendidikan itu sebenarnya. Pendidikan yang tidak mengaitkan Tuhan dalam kehidupan membuatkan manusia tidak dapat berkasih sayang sesama manusia.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang berbahagia Dato' Ariffin Suhaimi selaku Pengerusi PERKIM. Beliau menyatakan bahawa program Bedah Buku ini adalah satu majlis ilmu dan beliau juga telah banyak membaca buku-buku hasil tulisan Ustaz Hj. Ashaaari Muhammad. Beliau menyatakan bahawa Buku Pendidikan ini sangat penting buat manusia. Selama ini segala ilmu yang diajarkan dimana-mana sekolah ataupun pusat pengajian tinggi adalah ilmu yang rendah nilainya, tetapi ilmu dari Ustaz Hj. Ashaari suatu ilmu yang tidak ternilai kerana ia membawa manusia kepada Tuhan. Ilmu ini bukan sahaja setakat di akal tetapi jatuh kehati.

Ahli Panel terdiri daripada Dr Ir Abd Rahman Effendi, seorang jurutera berpengalaman dalam bidang kejuruteraankapal terbang juga motivator,Dr Ahmad Fauzi bin Dato' Hamid, Pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh,USM. Seorang lagi panel ialah Saudara Ann Wan Seng, yang merupakan Pengerusi MACMA dan juga seorang penulis.

Dr Abd Rahman sebagai ahli panel yang pertama sebelum membentangkan isi buku terlebih dahulu menyatakan tentang 2 pekara yang meyentuh kepada diri penulis dan isi buku penulis. Antara 3 keunikan diri penulis adalah dari segi ilmunya yang bukan sahaja ditulis dalam bentuk tulisan tetapi terlebih dahulu mengamalkannya serta istiqamah sejak sekian lama hingga kehari ini.Yang keduanya buku-buku yang ditulisnya sebanyak 72 buah, hanya sebuah buku sahaja mempunyai bahan rujukan iaitu Berhati-Hati Membuat Tuduhan.Ini menunjukkan ilmunya datang dari Allah.

Bila mana seseorang itu bertaqwa,Allah akan mengajarnya. Ketiga ilmunya bersifat global bukan setakat ilmu asas seperti usuluddin, tasawuf, feqah tetapi meyentuh soal ekonomi,pendidikan, kebudayaan,sains dan teknologi dan lain-lain lagi, Ia mencakupi seluruh aspek dalam kehidupan dan permasalahan umat manusia.

Dr Fauzi selaku panel yang kedua menyatakan bahawa tugas mujaddid adalah memperbaharui urusan agama dizamannya apabila sudah ketiadaan Rasul. Allah mengutus setiap 100 tahun, seorang Mujaddid untuk memperbaharui urusan agama dizamannya.

Dalam untuk membangunkan kemajuan material sesiapa sahaja boleh, tetapi dalam membangunkan manusia bukan sebarangan orang. Lebih-lebih lagi Rasul sudah tiada maka Tuhan datangkan Mujaddid untuk mendidik manusia kembali kepada fitrahnya iaitu kembali kepada Tuhan Pencipta.

Selaku ahli panel yang ketiga, Saudara Ann Wan Seng menyatakan bahawa buku beliau iaitu Rahsia Arqam telah diulas dalam Berita Harian, Khamis lepas (18/5/2006). Beliau telah digelar sebagai simpati Arqam.Beliau menyatakan ini bukan untuk 'backing' Ustaz Haji Ashaari tetapi beliau menyatakan hasil pengalaman beliau semasa menjalankan kajian master.

Dalam pengalaman dan perkenalannya dengan Ustaz Haji Ashaari, beliau melihat sendiri akhlak Ustaz Ashaari dalam menerima dan melayan sesiapa sahaja tak kira agama. Beliau menyatakan rosaknya akhlak manusia ini adalah dari salahnya menerima pendidikan itu dalam ertikata yang sebenarnya. Di sekolah hanya merupakan pengajian dan pembelajaran sahaja tetapi tidak dikaitkan dengan pendidikan dimana pendidikan itu berhubungkait dengan Tuhan. Mereka memisahkan agama dan kehidupan dengan Tuhan.

Moderator majlis iaitu En Ridhwan Alisabi mengupas bahawa pentingnya peranan orang bertaqwa dalam mendidik manusia dan bantuan Tuhan itu akan datang bilamana seseorang itu bertaqwa. Juga menunjukkan kredibiliti penulis,Ustaz Haji Ashaari Muhammad dalam menulis dan mengamalkannya hingga terbangunnya banyak rangkaian perniagaan serta
dapat menulis buku dalam masa yang singkat.

Sambutan peserta begitu baik dengan mengajukan beberapa persoalan dalam sesi dialog. Majlis ditutup dengan jamuan serta persembahan dan pentomen dari Mawaddah. Pembentangan Multimedia Book juga diselitkan pada masa tersebut. Multimedia Book merupakan VCD yang memuatkan 20 buah buku, 100 buah nasyid dan 1500 buah sajak yang semuanya adalah karya Ustaz Haji Ashaari Muhammad.

artikel ini dikirim oleh moderator KhabarGembira@googlegroups.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...