Baru-baru ini Dato Dr Masitah Ibrahim mengadakan kunjungan ke Jordan untuk melihat perkembangan para pelajar Malaysia di sana. Dalam temuramah dalam rancangan Wanita Hari Ini, beliau ditanya perkembangan para pelajar di sana. Inilah antara jawapannya:
1. Para pelajar Malaysia tidak mampu berbahasa Arab dengan baik.
2. Kebanyakan mereka celik IT tetapi buta perkembangan dunia.
Itu kata-katanya. Kenyataan yang aku pernah dengar dan baca dalam akhbar tahun lalu, ketika heboh diperkatakan kemampuan para pelajar jurusan Islam gagal untuk menjadi lebih kompetitif dalam negara sendiri.
Aku tidak boleh memberi komen banyak. Semalam aku bersembang dengan sahabat yang mengambil peluang belajar di Jordan selama satu semester dalam bidang perakaunan. Sahabat bernama Hakim ini berada di sana atas program pertukaran pelajar. Apa jawapannya?
1. Kemampuan seorang pelajar untuk mengeuasai bahasa Arab di Jordan adalah cerah jika mereka sendiri mengambil inisiatif untuk melakukannya.
Jelasnya, cara mudah untuk belajar bahasa Arab di Jordan ialah di pasar barangan harian. Hakim yang tinggal di Irbid kebiasaannya akan mengambil teksi ke pasar dengan tambang sekitar RM3.00 untuk ke sana.
Cukuplah untuk pelajar itu memperkenalkan diri, "Ana Malizi," (saya orang malaysia), penjual barangan harian di sana akan mempelawa anda berdiri atau duduk di sebelah dalam gerai itu sambil menikmati teh dan berbual-bual dengannya.
Mereka cukup memandang tinggi orang Malaysia yang tinggi adabnya apabila berada di negara orang. Kerana itu penerimaan mereka cukup baik. Malah, para pelajar Malaysia di sana akan mengenakan kot sebagai pakaian rasmi apabila menyambut tetamu dan dalam majlis-majlis. Kerana keseragaman itu, tetamu-tetamu VIP Jordan memuji sikap mereka.
2. Kewujudan kafe internet terlalu banyak di sekitar Irbid dan para pelajar adalah golongan yang paling tinggi menggunakannya. Kata Hakim, kebanyakan para pelajar yang menggunakan internet adalah perempuan, namun untuk membaca berita atau mengetahui perkembangan dunia melalui internet sangat rendah. Kekerapan mereka kepada email, chat dan rangkaian rakan siber seperti Friendster, VirtuaFriends dan macam-macam lagi.
Irbid adalah kawasan yang dijaga oleh kabilah. Mereka sangat prihatin terhadap orang luar yang keluar masuk ke sana. Pernah berlaku apabila sekumpulan pelajar Malaysia dari luar datang bagi menyertai perlawanan bola sepak Piala Duta menimbulkan kecurigaan kerana tindak tanduk mereka yang kuat merokok dan bersembang di luar bangunan awal pagi. Sehinggakan mereka menganggap kumpulan ini bukan orang Malaysia. Sebabnya, peribadi mereka jauh berbeza dengan kumpulan pelajar yang sama menetap di sana.

Ulasan