Langkau ke kandungan utama

Helikopter sekolah.

Bercerita tentang tragedi yang menimpa seorang hartawan yang terkorban setelah terkena bilah helikopter di kepalanya. Cerita ini membawa kepada satu kisah yang berkait rapat dengan pengangkutan udara ini. Cerita ini timbul ketika aku dan rakan-rakan lain dalam perjalanan pulang ke Melaka pada malam Jumaat lalu.
"Aku teringat kisah yang diceritakan oleh ibuku,' kata Ayie yang membawa kenderaan.
Ibunya bertugas di sebuah sekolah. Tengah hari itu merupakan sesi kedua persekolahan yang baru hendak bermula. Guru-guru bersama pengetua masih sibuk bermesyuarat sehinggalah kedengaran hingar bingar suara para pelajar yang melihat sebuah helikopter sedang mendarat di tengah padang sekolah.
Rosakkah?
Ada sesiapa yang cedera yang hendak dibawakah?
Ada hal kecemasankah?
Kemudian datang seorang pelajar perempuan berlari-lari ke arah helikopter. Juruterbang menghulurkan tanganya ke luar memberi sesuatu yang terlupa dibawa oleh pelajar tersebut
Bekal makanan rehatnya.
Juruterbang helikopter itu adalah ayahnya

Ulasan

Queen Latifah berkata…
A'kum.

Akak ada satu cerita fasal helikopter ni. Beberapa bulan yang lepas suami akak kena naik helikopter melawat kem tentera di Johor (kerana ada projek perumahan di sana). Akak kurang senang sebab selalu sangat helikopter lama yang digunakan untuk buat kerja-kerja seperti itu. Malah, suami akak terpaksa naik juga kerana tiada pilihan! Nak buat macam mana... kalau tidak tak dapat nak tengok tapak projek. Beberapa minggu selepas itu, helikopter yang sama yang dinaikinya itu telah jatuh terhempas! Memang menggerunkan.
Queen Latifah berkata…
Cerita pasal helikopter ni, akak memang fobia. Teringat beberapa bulan yang lepas. Suami akak terpaksa naik helikopter tentera di Johor kerana hendak meninjau tapak projek. Suka tak suka kena naik juga sebab tak ada pilihan. Bila dia balik, akak merungut. Takut dengan keadaan helikopter tentera yang jauh terlalu uzur. Kebetulan, beberapa minggu selepas itu, helikopter yang sama telah jatuh terhempas! Selama ini akak fobia kerana kebetulan juga, suami sepupu akak(seorang berjawatan tertinggi dalam tentera, telah meninggal dunia kerana jatuh terhempas helikopter di Sarawak). sudah ajalnya!

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...