Langkau ke kandungan utama

Penulis kecil-kecilan

Aku tertarik dengan catatan blog kisah kak Zalisa semalam. Ada penulis yang tidak baik latar belakangnya, menulis perkara yang baik. Moga-moga tulisan itu sendiri yang akan mengingatkannya untuk menjadi baik. Itu kesimpulanku.

Catatan ini mengingatkan aku permulaan menulis beberapa tahun lalu ketika di sekolah menengah. Pertama kali aku menulis dan tersiar ketika berada di tingkatan 5KMA, Sekolah Tinggi Melaka. Ketika itu, aku menulis kerana tercabar dengan sahabat penaku, Siti Nur Aisyah Idris yang mula-mula sekali muncul dengan rencana penulisannya sendiri.

Ketika itu amalan mengutus surat sesama rakan pena di bangku sekolah amat rancak. Kebiasaannya, selain dari surat menyurat bertanya khabar, perkara paling penting ialah bungkusan pos sebesar saiz A4 yang mengandungi set soalan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing. Itulah corak pembelajaran pada zaman aku sehinggalah ke tingkatan 6 yang banyak dilakukan oleh rakan-rakanku berbangsa Cina.

Kembali kepada cerita rakan penaku, Siti anak kelahiran Pulau Pinang bersekolah agama di Kedah. Ketika itu Utusan mempunyai ruangan khusus untuk pelajar dipanggil 'Pelajar Menulis'. Apa yang hendak aku hantar? Akhirnya, aku mengambil keputusan mengambil isi-isi debat sekolah (sewaktu Piala TYT Gabenor Melaka) yang aku kumpul dalam sebuah fail kuning sebagai bahan penulisan pertamaku. Mesin taip Olympus menjadi pencatat 'bising' pada waktu malam dengan gelung riben karbon hitam yang semakin kabur.

Ia keluar, dengan tajuk 'Keluarga Bahagia Sejahtera Negara'. Cuma ada satu kesalahan yang tercatat dalam rencana tersebut. Di bawahnya ditulis, tingkatan 4 Sains Satu, sedangkan aku aliran sastera. Dua-tiga hari selepas itu, rakan-rakan yang mebaca menampalnya di belakang kelas. Habis diperlinya aku.

"Kelas sastera mengaku sains..."

Dari situ aku mula rancak menulis. Tetapi kali ini pusingannya berbeza. Tidak ada satu pun yang keluar dalam akhbar. Lebih teruk lagi, majalah sekolah pun menolaknya, alasannya, "Penulisan awak terlalu panjang'. Sampai sekarang aku tidak boleh menerima alasan tersebut.

Aku mati semangat hendak menulis. Sehinggalah beberapa tahun kemudian, aku menjejakan kaki di UIAM pada tahun 2001. Pagi Ahad di perpustakaan sekadar hendak menggunakan internet. Akhbar Mingguan Malaysia pada pagi itu membawa satu perjalanan baru dalam dunia penulisanku sampai ke hari ini. Laporan muka hadapan, 'Paderi hina Nabi sebagai pengganas' begitu bunyinya. Kisah paderi yang mengatakan nabi Muhammad sebagai pengganas dalam wawancara yang disiarkan dalam CNBC. Aku pantas menulis dan menghantarnya ke ruangan Pendapat. Ia keluar dua hari selepas itu.

Sejak hari itu, aku menulis dan terus menulis. Cuma masalahnya, masih tidak begitu konsisten tetapi lebih baik dari dahulu. Satu perkara yang menggerakan aku hendak menulis ialah kesedaran kecil itu sendiri. Aku hanyalah warga kecil universiti, apabila dilonggokan dengan pelbagai ilmu baru. Ia membuat aku kagum meskipun tidak semua aku dapat amalkan dan ingati.

Kemudian tercetus satu persoalan.

Bagaimana orang di kampung dan mereka yang tidak berpeluang hendak ke universiti hendak tahu apa yang ada di kampus ini dalam cara yang paling mudah?

Dari soalan yang entah dari mana datangnya. Soalan ini kembali kepadaku kerana aku pernah gagal ke universiti sebelum itu.
Aku mula menjadikan bahan-bahan nota pengajianku sebagai artikel-artikel di akhbar. Sedaya upaya menjadikan ia mudah difahami dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja meskipun mereka sedang minum di kedai kopi di ceruk-ceruk kampung.
Majalah Dewan Siswa memberiku ruang yang cukup besar selama setahun dengan kolum bulanan bertajuk Personaliti Pelajar, adaptasi dari nota-nota tahun dua, Interpersonal Communication.

Cerita ini masih panjang. Cukuplah sampai di sini.

Ulasan

Mentor_ulung berkata…
salam. Abg...seems like kita ada persamaan dari banyak segi ..ttg dunia penulisan, but the fact is you'd lead the way :) nak sgt 'be somebody' secara konsisten dlm penulisan ni..hmm! Bila gamaknya jadi realiti.. ;)

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...