Langkau ke kandungan utama

Angkat sendiri!

Pertandingan debat antara mahallah (kolej kediaman) yang pertama dianjurkan oleh mahallah Ali sememangnya memenatkan. Aku ditugaskan untuk menghasilkan kain pemidang dan poster. Syukur, ada juga sahabat yang kreatif dan kuat bekerja untuk menghasilkannya selepas diberi gambaran kasar dariku.

Meskipun ia berlangsung selama dua hari, tetapi persediaannya cukup memenatkan. Namun begitu, masing-masing berpuas hati dengan pengalaman baru ini. Aku tidak dapat hadir sepenuhnya sepanjang dua hari tersebut kerana kursus penulisan yang berjalan dari pagi sehinggalah jam 5 petang pada hari Sabtu dan Ahad. Melainkan pada hujung minggu itu, aku mengorbankan masa untuk bersama mereka.

Faizal yang bertanggungjawab menguruskan bahagian makanan kali ini ditemani oleh jawatankuasa yang lain. Lucu pula apabila melihat dia seorang diri semalam. Presiden kolej menjaga makanan dan air bungkus. Bak kata orang, kepimpinan melalui teladan.

Sedang kami mengemas kembali bekas-bekas makanan dan minuman peserta di kantin, saudara Ashraf membuka bicara, "Lain benar budaya tempatan kalau makanan ditaja begini."

Masing-masing mahu mendengar lagi. Apa maksud di sebalik kata-kata itu?

Beliau menyambung, "Di Malaysia, mereka cenderung meninggalkan bekas makanan di atas meja. Tetapi kalau di Barat, di restoran makanan segera seperti McDonald dan Kentucky Fried Chicken, para pelanggan hatta yang berkot dan bertali leher akan membuangnya sendiri. Kalau tidak percaya pergilah KLCC dan lihatlah sendiri."

Benar atau tidak. Aku hendak melihatnya sendiri.

Tetapi ia mengingatkan aku kepada zaman persekolahan dahulu di Sekolah Raja Muda, Kuala Lumpur. Kata guru, "Selepas makan, letak pinggan dan cawan di dalam bekas berwarna merah di hujung meja..."

Mereka akur.

Ulasan

Puan Ainon Mohd. berkata…
Sdr Zamri,
Salah satu jenis majlis yang Nabi Muhammad tidak pernah adakah ialah majlis berdebat cara tradisi orang-orang Yunani yang dicipta oleh Plato. Ada dua pihak, masing-masing menggunakan otak dan lidah bagi membuktikan pihak lawannya salah, tidak betul, tidak pandai berfikir, tidak logik, tidak rasional, tidak kritikal, bodoh... Patutlah sdr rasa penat sangat.... sdr ikut menyumbang membuat majlis yang Nabi tidak pernah usulkan supaya ditiru daripada orang Yunani itu. Hmmmm.... entah berbaloi entah tidak...

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...