Langkau ke kandungan utama

Catatan

Temuramah bersama penulis best-seller nombor satu Amazon.com

Steve Shapiro (kiri) bersama Zamri Mohamad selepas program Saya mengambil peluang menghadiri ceramah buku yang dianjurkan oleh MPH Midvalley pada Ahad, 6 Julai. Pihak MPH menjemput penceramah dan penulis buku Steve Shapiro bagi mempromosikan buku terbarunya, Goal-Free Living; How to Have the Life You Want Now. Buku ini sudah pun diterbitkan pada tahun 2006 dan tahun ini ia dipromosikan di Malaysia. Saya berkesempatan membaca buku ini dan sedikit sebanyak ia memberi peluang kepada saya membuat temubual ringkas bagi mendapatkan respon beliau. Temubual ini adalah berkaitan dengan kaedah mengurus konflik dan konsep Goal-Free Living yang diketengahkan. Jika diizinkan Allah, pandangan Tuan Steve akan dimuatkan dalam satu bab khusus bagi buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Ini adalah buku kedua dalam siri Streetsmart yang saya sedang tulis bersama Tuan Ahmad Fadzli Yahya Jusoh. Menghadiri ceramah buku beliau memberi saya satu perspektif baru mengenai budaya ceramah buku di Malaysia. Mesk...

Tiga petua menjalankan rundingan bisnes

Tiga perkara yang saya pelajari daripada Pengerusi kumpulan PTS, Puan Ainon Mohd selepas bengkel penulisan buku bisnes PTS. 1. Budi bahasa adalah matawang apabila berurusan bagi tujuan bisnes. 2. Apabila ingin meminta sesuatu gunakan istilah 'mohon' dan disambung dengan perkataan 'supaya' agar jelas apa yang dikehendaki oleh kita. 3. Bisnes yang jelas dasar perjuangan tidak mudah dicurigai berbanding bisnes yang pada awal lagi bercerita mengenai ringgit dan sen. Ia memudahkan perundingan dan menarik orang yang berkongsi tujuan yang sama. Ingin terbitkan buku sendiri. Klik di sini.

Ahadiat Akashah dan dunia novel Melayu

Selepas menjadi juri jemputan pembentangan karya kreatif IPTA sempena Festival Membaca 2008 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Saya dan Tuan Ahadiat Akashah berkesempatan minum petang di Riverside. Saya melihat ini adalah peluang bagi mendapatkan beberapa maklumat yang melibatkan isu-isu yang dihadapinya beberapa bulan lalu. Selama isu-isu panas mengaitkan dirinya, Tuan Ahadiat Akashah hanya mengambil tindakan berdiam diri. Beliau mengakui adanya pertelingkahan dunia siber yang berlaku dalam beberapa buah blog. "Saya hanya mendiamkan diri dan tidak mahu bergaduh sedangkan industri buku tempatan kecil," katanya ringkas sambil menjamah potongan ayam goreng yang dipotong kecil. Ini adalah interaksi pertama kali secara langsung bersama beliau. Pada mulanya, hanya satu sahaja yang bermain dalam kepala saya, iaitu kes produksi luar negara yang menyewa rumahnya bagi tujuan penggambaran filem sekitar dua tahun lalu. Kemudian, rumah itu ditinggalkan bersama-sama kerosakan tid...

Zamri Mohamad di majalah Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat Julai 2008

Zamri Mohamad menulis dua buah artikel bagi majalah-majalah berikut, edisi Julai 2008 Dewan Bahasa Julai 2008 Pengarang: Panel Penulis DBP No. KK: 499913080708 No. ISSN: 15119092 Artikel bertajuk Diskriminasi Bahasa melalui Karikatur oleh Zamri Mohamad Dewan Masyarakat Julai 2008 Pengarang: Panel Penulis DBP No. KK: 001902460708 No. ISSN: 4190386 Artikel bertajuk Iklan Menghina Bahasa Kebangsaan oleh Zamri Mohamad

Festival Membaca 2008 Perpustakaan Negara Malaysia

Senarai penulis yang terlibat dalam program Festival Membaca 2008 Bersama Tuan Irfan Khairi (kiri) Bersama Tuan Rozlan Mohamed Nor , Tintarona Utusan Publication Bicara para penulis Para pelajar Aswara menerima sijil penghargaan daripada Puan Faridah selepas pembentangan kreatif IPT yang dinilai oleh Tuan Ahadiat Akashah dan saya Datuk Mohd Shafie Afdal membelek dan membeli dua buah buku Pak Latip (kanan). Di sebelah kiri adalah Abang Long, presiden kelab Alaf. Tuan Roslan memberi penerangan. Tim PTS bergambar Contoh dekorasi rumah kampung bagi mewujudkan perpustakaan keluarga Contoh dekorasi rumah teres bagi mewujudkan perpustakaan keluarga

Program sana-sini

Zamri Mohamad dan Muhammad Faisal Sharbudin akan bersama dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari Jumaat 27 Jun 2008. Rancangan ke udara bermula jam 7 sehingga 9 pagi. Menghadiri bengkel Undang-undang hakcipta dan pengurusan harta pusaka anjuran PTS pada hari Sabtu 28 Jun 2008 jam 10 pagi. Menghadiri bengkel penulisan buku anjuran PTS Profesional pada Sabtu 28 Jun 2008 jam 2.00 petang. Jemputan menjadi juri bersama Tuan Ahadiat Akashah bagi pembentangan karya kreatif pelajar IPT sempena Festival Membaca 2008. Program pada 2 Julai 2008, jam 2.00 sehingga 4.00 petang.

Novel Cinta Islami Kuseru Namamu Kekasih

Terima kasih kepada Cik Siti Nor Fadilah Salleh Dzulkafli selaku editor perolehan PTS Millennia atas peluang yang diberi bagi membaca keseluruhan karya Kuseru Namamu Kekasih dan memberi testimonial kepada karya ini. Komen saya selepas membaca karya ini terangkum semuanya dalam testimonial tersebut (Klik pada gambar). Sedikit latar belakang novel Kuseru Namamu Kekasih tulisan Puan Maya Iris. Rayyan, gadis yang sanggup berkorban apa sahaja demi teguhnya cinta terhadap kekasihnya. Dia sanggup memutuskan tali pertunangan dengan Zaim, agar mendapat keredaan kekasih. Hanisa, gadis yang terpaksa meninggalkan dunia yang dikasihinya kerana kebahagiaan yang dikecapi berakhir dengan kesengsaraan. Dunia yang pada mulanya indah adalah palsu belaka. Zaim, lelaki yang tidak pernah terfikir akan jatuh cinta dengan gadis bertudung yang mengamalkan cara hidup Islam dengan sepenuhnya. Namun, dia sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan hati seorang kekasih. Mark, lelaki yang sedang tercari-cari se...