Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Berita] Sinar Kejora berubah demi pembaca setia

Klik di sini bagi koleksi foto Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menjadikan buletin mereka sebagai akses komunikasi antara KEJORA, bahagian dan penduduk kampung. Pakej persembahan buletin diubah agar ia memenuhi strategi buletin yang diambil, dibelek dan dibaca. Akademi Penulis berkampung di Johor Bahru bagi menyusun strategi penerbitan berwajah baru Sinar Kejora. Bimbingan penulisan buletin organisasi dikendalikan oleh saudara Zamri Mohamad. Jemputan organisasi melalui emel info@fineacademy.com.my , subjek; Bengkel Penulisan Buletin.

[Pen] Jutawan hidup miskin ketika wang masih membukit

Jam 4.00 pagi saya mengingati diri mengenai modal diri. Modal diri adalah modal yang paling mahal dimiliki oleh seorang penulis. (1) Rakan-rakan ketika kecil menjadi watak yang ditulis. (2) Pengangungkutan yang dinaiki menjadi lokasi yang digambarkan (3) Mimpi yang dialami diterjemah menjadi babak demi babak (4) Sedih, takut dan gembira menjadi lontaran emosi mencapai hati pembaca. (5) Penyakit menjadi watak jahat yang menghalang kebaikan (6) Penyakit juga menjadi watak baik yang membongkar kebenaran (7) Turun naik di pejabat menjadi gelombang dalam cerita (8) Orang tua menjadi adiwira yang tidak kelihatan wajah sebenarnya. (9) Sikap pesimis orang terhadap angan-angan kita menjadi gangguan watak. (10) Surat demi surat yang mengikat keseluruhan cerita menjadi cerita besar. Semuanya adalah modal diri yang diterjemah ke dalam perkataan. Perkataan yang disusun oleh JK Rowling dan Ramlee Awang Murshid di dalam karya-karya mereka. Apabila diri sendiri tidak tahu dirinya j...

[Pesta Buku] Banjir tenggelamkan setiap tingkat di PWTC?

[Pesta Buku] Banjir tenggelamkan setiap tingkat di PWTC? Banjir , melimpah dari tingkat satu sehingga setiap tingkat pada hari Rabu lalu. Adakah  banjir manusia  akan terus menenggelamkan PWTC pada hari akhir? Gelombang terakhir Kota Buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.  Khusus untuk mereka bergelar ibu, guru tadika, pendidik, penulis serta bakal penulis dan penerbit. Nota:  Bakal ibu dan bapa juga digalakkan hadir. Gelombang 4 Mei 2013, Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak oleh Puan Fazeila Isa. Masuk adalah percuma. 4 Mei 2013 Jam 3.00 petang Bilik Sarawak, PWTC Peserta akan  lemas  dengan maklumat-maklumat ini; (1) Apakah piramid bacaan kanak-kanak? Sekiranya piramid ini tidak diterapkan. Kanak-kanak berhadapan dengan situasi tahu membaca, tetapi tidak tahu apa 'dibacanya'.  (2) Memilih buku yang memberi kesan yang tepat. Apakah cara kita memilih buku dalam kategori yang betul? Ketahui jenis-jenis buku yang diterbit...