Cara orang dewasa melihat dunia tersekat dengan ukuran yang terhad. Sambungan kisah guru kreativiti saya, Dr Bahanurdin dari Hospital Rehabilitasi Cheras. Beliau menekankan kepada para pesakit cara berdikari bagi menguruskan hidup dalam lingkungan yang mampu dilakukan dan tidak bergantung kepada orang lain semata-mata. Itulah rehabilitasi. Ketika di Paris, saya melihat seorang ibu yang merupakan seorang pelukis jalanan. Beliau melukis di tepi jalan dan menggantungkan lukisan demi lukisan yang cantik di tepi pagar. Lukisan pemandangan itu menyerupai kawasan sekitar. Seorang kanak-kanak berada di sebelahnya. Turut memegang berus dan warna, mempunyai kanvasnya sendiri. Itu adalah anaknya. Kedua-duanya melukis di atas kanvas dan melihat pemandangan yang sama. Lama saya memerhatikan gelagat orang yang melihat lukisan ibu dan anak. Saya memerhatikan satu demi satu lukisan anak lebih banyak dibeli orang berbanding ibunya. "This is art!" pelanggan menilai dan membay...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.