Dengan izin Allah, artikel separuh halaman berbentuk advertorial hasil tulisan alumni http://kursuspenulisan.com , daripada skil penulisan, digunakan bagi tujuan penulisan rencana iklan bagi keperluan organisasi. Disiarkan semalam dalam akhbar Mingguan Malaysia.
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.
Isnin, Februari 28, 2011
Penulisan alumni bantu tingkatkan imej organisasi
Doa yang 'seksi' dan training kreatif dakwah yang 'seksi'
Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.
Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.
------
Kepada para pembaca blog yang mengikuti perkembangan di sini. Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus daripada saudara dan saudari yang membuka pintu-pintu kebaikan yang tidak disangka-sangka.
Semalam selepas berlangsungnya bengkel 3T, Track, Take dan Translate, iaitu bengkel terjemahan dikendalikan oleh Tuan Adly Shamsuddin.
Bengkel ini benar-benar membuat saya terdiam dan berfikir betapa banyaknya peluang menterjemah kepada mereka yang mempunyai kemampuan bahasa lain kepada bahasa Melayu.
Maklumat dalaman adalah strategi penting membina parit pendapatan melalui terjemahan. Seni berunding dan mendapatkan projek demi projek serta senarai bayaran mengikut jenis terjemahan dikongsikan dalam bengkel tertutup ini.
Informasi mengenai bengkel ini pernah saya ceritakan dalam blog. Klik di sini.
Kemudian saya mendapat satu panggilan telefon.
Katanya, "Saudara, aku doakan agar dilimpahi kebaikan dan rezeki serta mendapat....," sambil dia ketawa kecil.
Saya hairan dan bertanya, "Mengapa begitu sekali? Tiba-tiba sahaja menghubungi semasa saudara sedang memandu?"
Katanya, "Apabila nabi menyintai sahabatnya maka dikhabarkan di hadapan sahabatnya itu. Ini yang aku lakukan kepada engkau."
Dalam hal ini saya sedikit beremosi. Disentuh oleh kasih sayang saudara seagama yang sudi menyampaikan hajat kepada Tuhan.
Allah kurniakan hal yang sama kepadanya.
Minggu lalu adalah minggu yang padat. Memfokuskan kepada penjenamaan semula gaya dakwah kreatif di negara ini.
Allah menyusun jadual agar kali ini saya mengendalikan program kreativiti dakwah kepada kumpulan professional dalam bidang dakwah.
Kali ini saya berada di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Besut, Trengganu bersempena Kolokium Pemantapan Syaksiah dan Kreativiti Dakwah.
Bengkel kreativiti pertama yang diadakan anjuran JAKIM.
Mengendalikan bengkel kreativti dai'e bagi kakitangan JAKIM dan kakitangan jabatan agama seluruh negara melibatkan beberapa modul kreativiti.
Pertama, memahami perbezaan kreatif dan super kreatif. Dengan cara ini peserta tahu di mana mereka dan ke mana mereka mesti pergi.
Melalui cara ini, organisasi dibantu dalam membuat keputusan di mana pegawai yang kreatif dan super kreatif mesti diletakkan.
Kedua, membina perkenalan secara kreatif. Mereka didedahkan dengan teori homofili, mengukur kepercayaan individu di hadapan melalui maklumat yang dikongsi ketika berkenalan, kaedah pengaruh berangkai daripada kad yang menggunakan seni multi level influence.
Ketiga, memberi penekanan kepada mereka bagaimana logik yang membesar bersama mereka sejajar dengan bertambahnya usia adalah pembunuh keberanian berkreatif.
Modul ini memberitahu secara senyap, apakah keutamaan mereka, kehendak mereka, cita-cita mereka dalam organisasi dan bentuk sumbangan yang mereka dapat berikan 200 peratus. Semuanya datang daripada informasi dalam modul Menara Impian.
Keempat, kreativiti membina pengaruh. Melalui satu ayat yang berpengaruh memberi kesan kepada dakwah dan keseluruhan organisasi. Ia memerlukan komitmen dan konsistensi. Selain daripada seni membina kecantikan sosial ditunjukkan.
Mereka didedahkan bagaimana mereka yang semakin tua sebenarnya semakin cantik pada pandangan orang lain.
Selepas daripada bengkel ini, Insya Allah, beberapa perkara dapat disusun dan direncanakan. Ia berdasarkan formula, mulakan dengan apa di tangan. Kemudian mencipta kejayaan kecil secara konsisten.
Perkembangan lain, kita sedang berusaha membantu JAKIM dan jabatan agama negeri bagi menyusun program susulan, antaranya;
Pertama, bengkel menulis khutbah Jumaat yang persuasif. Dengan sasaran jemaah kekal aktif dan bertindak selepas mengikuti khutbah Jumaat. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.
Kedua, presentasi ala Steve Job bagi mengekalkan momentum pendengar baik dalam pembentangan di hadapan bagi tujuan dakwah dan organisasi. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.
Ketiga, seni membina video dakwah yang berpengaruh pada kos yang rendah. Termasuk aspek videografi dan visual. Di mana didedahkan kaedah membina skrip dan papan cerita bagi meningkatkan tumpuan penonton. Juga di mana ia dapat disebarkan secara cepat. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.
Keempat, persediaan memperkenalkan strategi dakwah online yang santai dan segar kepada remaja. Ia juga dapat digunakan pakai bagi keperluan organsisasi. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.
Kelima, penulisan buletin organisasi yang membantu meningkatkan imej jabatan dan imej individu yang menulis. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.
Keenam, seni menulis informasi yang bersifat dakwah fasa Mekah di masjid-masjid, agar bersifat memujuk dan tidak menyuruh. Agar ia mesra pengguna masjid. Ini berdasarkan kaedah dan prinsip iklan jualan yang digunakan pakai oleh agensi pengiklanan dalam dan luar negara. Sesuai untuk kegunaan papan-papan notis dan pengumuman di dalam bangunan. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.
Ketujuh, seni berdakwah untuk professional. Membina skrip berdasarkan profession mereka dan disinergi dengan metodologi dakwah. Jabatan agama dan organisasi yang berminat dapat mengklik di sini.
Semoga Allah permudahkan usaha ini. Kita sedang membantu organisasi melalui bengkel-bengkel ini.
Mohon bertanya, sudahkah saudara melihat program kreatif dakwah yang mengejutkan ini? Klik di sini.
-----
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad?
Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah.
Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.
- Latihan penulisan buletin organisasi emelkan ke latihan@akademipenulis.com
- Jika mahu menjadi penulis bersama di bawah arahan yang 'keras' dan 'kejam' emelkan ke zamrimohamad@gmail.com dengan subjek, Saya mahu diseksa bersama-sama lima halaman langkau sebaris penulisan sendiri berbentuk fiksyen atau non fiksyen.
Ahad, Februari 27, 2011
Apabila T-shirt bercakap, si bisu pun bisa berdakwah
Pesanan sosial
Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.
Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.
------
![]() |
| Pesanan kini dibuka secara rasmi di seluruh negara. |
![]() |
| Antara desain pilihan untuk kita. |
Kini dibuka untuk tempahan. Kempen I Love Solat. Mengandungi dua desain. Dua warna, hitam dan putih. Sesiapa berminat mendapatkan maklumat harga, jenis kain dan saiz.
Bayangkan inilah pendidikan awal dalam keluarga, sesama rakan dan masyarakat. Inilah tazkirah tanpa perlu berkata-kata. Tidak ada yang terasa! Semuanya semata-mata mesej desain yang menarik.
Mari kita cipta kegilaan ini!
![]() |
| Sejarah baru bermula. Tazkirah tanpa kata, terus mengikat jiwa. |
Nantikan tazkirah cara baru yang segar dan menggembirakan jiwa. Sokongan Tuan dan Cik Puan melalui pesanan t-shirt ini memungkinkan ia berlaku. Insya Allah. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat
![]() |
| Pengenalan T-Shirt Jom Solat di ILIM Besut |
Terkini, ia telah dibentangkan di hadapan para pegawai kakitangan JAKIM dan pegawai agama di setiap majlis agama negeri seluruh negara. Sempena program kreativiti da'ie di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Besut, Trengganu.
-----
Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad?
Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah.
Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.
- Latihan penulisan buletin organisasi emelkan ke latihan@akademipenulis.com
- Jika mahu menjadi penulis bersama di bawah arahan yang 'keras' dan 'kejam' emelkan ke zamrimohamad@gmail.com dengan subjek, Saya mahu diseksa bersama-sama lima halaman langkau sebaris penulisan sendiri berbentuk fiksyen atau non fiksyen.
Selasa, Februari 22, 2011
Buku bisnes terbitan PTS capai sasaran difahami pembaca
Daripada pembaca, "Buku ini baru dibeli tengahari tadi dan aku masih belum habis lagi membacanya tapi apa yang aku suka bila membacanya ialah penggunaan bahasa mudah dan bukannya jargon-jargon IT yang sememangnya aku tak faham dan berminat langsung bila membacanya."
Alhamdulillah, dengan komentar pembaca buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop ini dalam blognya, maka objektif menulis buku teknikal yang mudah difahami tercapai.
Kredit foto blog abangensem.com
Terima kasih kepada semua yang mendoakan sehingga buku ini dapat difahami dan diikuti ramai.
-----
Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah.
Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.
- Latihan penulisan buletin organisasi emelkan ke latihan@akademipenulis.com
- Jika mahu menjadi penulis bersama di bawah arahan yang 'keras' dan 'kejam' emelkan ke zamrimohamad@gmail.com dengan subjek, Saya mahu diseksa bersama-sama lima halaman langkau sebaris penulisan sendiri berbentuk fiksyen atau non fiksyen.
Emas daripada bahasa sendiri kaedah 3T (Track, Take, Translate)
Bengkel Terjemahan Komersial 3T Track, Take dan Translate
"Saya tahu membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris.
Saya tahu menterjemahnya dalam Bahasa Melayu,
Saya berminat menulis dan suka menulis
Saya mahu membina kredibiliti,
menjana pendapatan dan penghormatan.
Melalui terjemahan buku bestseller."
Tetapi bagaimana caranya?
Kami akhirnya mendapat persetujuan daripada penterjemah kelas A+ yang berjaya memegang buku-buku bestseller dunia tulisan John Gray, John C Maxwell dan menjadikan ia buku bahasa Melayu yang turut bestseller di Malaysia.
Dia mahu menemui anda dan memberikan rahsia itu dalam dua hari melalui modul 3T yang membuka besar empayar bisnes terjemahan miliknya!
Bersama bonus bagaimana penterjemah dapat hidup sepenuh masa dalam bidang penulisan terjemahan dokumen dan terjemahan sarikata!
Tiga lubuk emas kepada anda dalam satu bengkel didedahkan.
---------
Terjemahan yang menjana wang berterusan menggunakan modul 3T
Bengkel ini dalam bahasa Melayu.
Menjana wang dengan terjemahan bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan modul 3T iaitu Track, Take dan Translate yang terbukti berkesan
Modul ini mendedahkan anda bagaimana menjana pendapatan pasif dan aktif bagi seorang penterjemah separuh masa dan sepenuh masa.
Modul ini membantu anda yang mahu pertama kali menterjemah daripada kemahiran bahasa Inggeris yang dipelajari sejak dahulu lagi.
Modul 1 Track iaitu kesan peluang buku bestseller, dokumen dan sarikata yang mahu diterjemah
Modul 2 Take iaitu cipta peluang seni membina bisnes dengan klien yang diingini.
Modul 3 Translate iaitu terjemah buku bestseller, dokumen dan sarikata dan jana wang menggunakan kaedah 'parit'.
---------
Bengkel akan diadakan pada hari dan tarikh berikut
- Hari Ahad
- Tarikh 27 Februari 2011
- Masa jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang
- Lokasi Learning Station, 11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur
---------
Siapa akan hadir
(1) Pelajar IPTA dan IPTS yang mempunyai kemahiran bahasa Inggeris
(2) Penterjemah sepenuh masa dan separuh masa
(3) Golongan pendidikan professional yang bekerja dan
(4) Suri professional
(5) Pensyarah
(6) Mereka yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan dapat menulis dalam bahasa Melayu.
---------
Siapakah yang akan menjadi trainer?
Trainer Adly Shamsuddin adalah nama yang bertanggungjawab menterjemah buku-buku bestseller antarabangsa ke dalam Bahasa Melayu.
Buku-buku bestseller antarabangsa yang diterjemahnya ialah
How Successful People Think by John C. Maxwell
Men are from Mars, Women are from Venus by John Gray
The Magis of Thinking Big oleh David J Schwartz
Siapakah yang akan menjadi trainer?
Trainer Adly Shamsuddin adalah nama yang bertanggungjawab menterjemah buku-buku bestseller antarabangsa ke dalam Bahasa Melayu.
Buku-buku bestseller antarabangsa yang diterjemahnya ialah
- How Successful People Think by John C. Maxwell
- Men are from Mars, Women are from Venus by John Gray
- The Magic of Thinking Big oleh David J Schwartz
Juga 29 buah buku antarabangsa yang menjadi bacaan seluruh negara hasil daripada terjemahan beliau. Empayar bisnes terjemahan melibatkan 21 klien korporat, media, penerbitan, yayasan dan NGO yang menggunakan khidmat beliau sepenuhnya dan berulang kali memanggilnya!
Tuan Adly juga mempunyai pengalaman yang luas membina bisnes penterjemahannya sendiri dengan klien-klien seperti Astro Entertainment Sdn Bhd dan MMC Corporation Berhad.
Seni dan cara akan didedahkan dalam bengkel satu hari ini. Daftar sekarang!
---------
Berapakah pelaburan ke bengkel ini?
Berdasarkan siapa cepat dia dapat
- Pelajar RM299.00
- Dewasa RM399.00
Bertindak sekarang!
---------
Kaedah pembayaran
Cara Pembayaran
- Melalui pembayaran bank secara online dan manual ke bank
- Bank Pembayaran: CIMB
- Nama Akaun Penerima: MOHD YUSRY BIN MOHAMAD YUSOPP
- Nombor Akaun: 1441-006-3052529
Emelkan bukti pembayaran ke yusryyusopp@gmail.com
---------
Siapa dahulu dia dapat
- Pembayaran yuran bengkel dilakukan dalam 24 jam selepas pendaftaran dibuat.
- Pendaftaran semula perlu dilakukan jika pembayaran dibuat selepas tempoh berkenaan.
- Pendaftaran dibuat berdasarkan First Come First Serve.
- Pendaftaran tidak akan mengesahkan tempat peserta. Pendaftaran akan ditutup selepas peserta yang mendaftar dan membayar telah memenuhi kuota.
Merancang lima tahun, hasilnya bertahun-tahun
Berita Akademi Penulis
SABTU, 19 Februari 2011 – Seramai 120 penulis diberi pendedahan dan laporan terkini perkembangan dunia buku tempatan. Inilah kali pertama Akademi Penulis menghimpunkan para penulis seluruh negara di satu tempat di Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis.
Turut memberikan input di Mega Seminar yang diadakan di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya ini adalah pengasas Akademi Penulis, Tuan Fauzul Naim Ishak yang memperkenalkan ciri-ciri penulis bestseller dengan kaedah Re-Code Penulis Super. Tuan Fauzul Na’im Ishak juga merupakan pengendali utama Bengkel Penulis Super yang sudah melahirkan lebih daripada 1000 orang penulis tempatan sejak tahun 2009.
Tuan Fauzul mendedahkan buat pertama kali bagaimana para penulis menduduki tangga jualan tertinggi berdasarkan rahsia kerja mereka.
Corak dan budaya kerja mereka yang selama ini dianggap rahsia dan misteri dibongkarkan dan mengejutkan para peserta.
Malah ia dilihat praktikal dan dapat dilakukan meskipun baru pertama kali dalam dunia penulisan. Ia bersesuaian dengan formula merancang kejayaan buku.
Ini bertentangan dengan kepercayaan orang ramai sebelum ini yang percaya pentingnya menulis tanpa memikirkan merancang kejayaan buku terlebih dahulu.
Penulis prolifik yang menghasilkan 21 buah, Tuan Zamri Mohamad pula membentangkan mengenai cara menjana idea dan kreativiti penulisan. Antara yang disampaikan dan kesimpulan daripada program yang mendapat sambutan luar biasa ini ialah:
Seni membina hubungan dengan penulis baru. Menggunakan seni kad dan hubung.
Teknik menentukan sama ada berbaloi menulis buku berdasarkan judul yang dipilih atau tidak. Berdasarkan kaedah kreativiti penyelesaian masalah.
Memilih pendorong yang dapat memberi booster kepada penghasilan karya seperti mana pendorong Stephen King, Christopher Paulini, Dan Brown, Dr Jeniri Amir dan Dr Zubaidi.
Teknik merekodkan idea secara cepat dan dimasukkan dalam bank idea.
Teknik bekerja secara pengarang bersama berdasarkan projek buku.
Pengurusan masa berdasarkan jenis buku yang ditulis. Didedahkan bagaimana ada buku setebal 300 halaman siap ditulis dalam tempoh sepuluh hari.
Dalam sesi yang ditunggu-tunggu ramai, novelis nombor satu Malaysia, Puan Ain Maisarah bersama Tuan Syaizul Amal menekankan pentingnya penguasaan ‘rancangan perniagaan’ bagi membina kerjaya penulisan. Mereka juga mengetengahkan bagaimana menggerakkan pelan lima tahun bagi menjana pendapatan RM 1 juta melalui penulisan.
Apa Pandangan Peserta Yang Hadir?
Mega Seminar Jana Wang Dengan Menulis ini mempunyai input yang banyak dalam masa singkat. Ia merungkaikan persoalan kritikal seorang bakal penulis iaitu ‘bagaimana mahu memulakan penulisan’. Saya yakin dan percaya selepas kursus pendek ini lebih ramai penulis baru dilahirkan. Ia juga memberikan gambara pada audiens berkenaan potensi diri yang perlu ada sebagai seorang penulis. Pendedahan menarik mengenai bagaimana merancang pendapatan lumayan daripada penulisan dalam jangka masa 3 ke 5 tahun.
Siti Hawa Che Tak
Eksekutif Pengiklanan
Kursus pendek yang sangat memberikan manafaat. Ia membuka ruang dan mencipta peluang dalam dunia penulisan. Kursus yang meransang emosi dan minda untuk terlibat secara langsung dengan penulisan. Alhamdulillah, terima kasih atas pelaksanaan seminar ini. Tahniah dan syabas buat penganjur.
Md Yazit Hashim
Penolong Juruaudit, Akademi Audit Negara
Menarik dan sangat menyeronokkan. Pengisian daripada ahli-ahli panel juga sangat berguna lebih-lebih lagi buat saya yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Peruntukan slot setiap panel terasa pendek walhal begitu banyak input yang saya peroleh daripada mega seminar ini.
Nur Zahidah Binti Mohammad
Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Seminar yang bagus dalam perkongsian ilmu dunia penulisan dengan orang ramai. Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini
Nur Solehati Binti Aziz
Pengurus Pentadbiran Erad Best Sdn. Bhd.
Program yang bermanfaat sebagai pembuka jalan awal untuk menjadi seorang penulis. Ia memberikan pendedahan berkenaan proses penghasilan buku secara umum tetapi berkesan. Ia menyuntik semangat untuk penulis merebut peluang menjadi penulis.
Tuan Hashim Mat
Pesara
Program yang baik untuk menyuntik semangat untuk menulis dan menulis dan terus menulis
Puan Suhaili Ikhsan
Professional Learning Facilitator (Early Childhood), Dimensi Technology Sdn. Bhd.
Baik, Tahniah kepada penganjur kerana menganjurkan program sebegini. Penganjur mengingatkan peserta berkenaan solat Dhuha, syabas! Semoga Allah SWT merahmati usaha mulia kepada semua semua yang terlibat.
Norasikin Muhammad
Guru SMK Datok Lokman
Program akan datang anjuran Akademi Penulis dan FN Education Group adalah seperti berikut:
Klik pada tajuk bengkel
Bengkel Penulis Super pada 18 sehingga 20 Mac 2011
Bengkel Penulisan Berita dan Rencana pada 11 sehingga 13 Mac 2011
Bengkel Penulisan Novel pada 26 dan 27 Mac 2011
Bengkel Kemahiran Komunikasi Efektif dan Berpengaruh pada 5 dan 6 Mac 2011
Langgan:
Catatan (Atom)

























